Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2016

Pemimpin ‘otak udang’

Orang PAS pun sayang, tapi Najib nak buang Mukhriz, kata Khairuddin
OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 2 February 2016 2:04 PM
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercakap pada sidang media di hadapan pejabat SPRM, di Putrajaya, hari ini. Beliau berkata Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai alasan kukuh untuk menukarkan menteri besar Kedah memandangkan rakyat di negeri itu hidup aman damai di bawah kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 Februari, 2016. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai pemimpin "tidak bijak" kerana bersama dengan 14 ketua Umno bahagian Kedah dalam usaha menyingkirkan menteri besar, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu berkata, Najib tiada alasan kukuh untuk menukarkan jawatan menteri besar Kedah memandangkan rakyat di negeri itu hidup aman damai di bawah kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir .

"Saya kata mereka ini pemimpin negeri 'bangang', termasuk ahli majlis tertinggi sekali dengan Najib.

"Kerana hanya orang bangang yang bertindak mengikut nafsu dan kemahuan mereka sendiri dan bukannya kehendak rakyat.

"Pemimpin ‘otak udang’ kalau nak cakap tukar menteri besar, politik Kedah aman damai tenteram, orang PAS pun sayang Mukhriz.

"Jadi apa alasan kenapa baru sekarang nak tukar jawatan? Bagi saya tidak ada alasan langsung, kalau kata Kedah dalam situasi dilema sekurang- kurangnya mereka boleh beri alasan (tapi ini tidak)," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan Najib untuk menyingkirkan anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu akhirnya memakan diri.

"Tapi saya bersyukur hampir 2 minggu dengan kuasa Allah sehingga hari ini mereka gagal (menyingkirkan Muhkriz).

"Dan akhirnya kena balik kepada mereka dan memalukan Umno," katanya.

Pada masa sama beliau menyeru rakyat Kedah mengecam pemimpin negeri yang menolak Mukhriz dengan tidak mengundi mereka pada pilihan raya akan datang.

"Saya harap rakyat Kedah cam muka ‘penyangak’ 14 ini, bila nak bertanding dalam pilihan raya tolak undi mereka sekalipun bertanding dalam Umno," katanya.

Pada masa sama beliau juga berikrar akan menentang segala penipuan Najib meskipun dihalang dengan pelbagai cara. – 2 Februari, 2016.

1 comment:

  1. Hina juga jawatan Ketua Bahagian UMNO Kedah . Boleh dikatakan penyangak, otak udang dan bangang. Tapi kalau fikir-fikir betul juga. Ramai sangat yang bangang. Bangang, banganglaa asalkan masyuukkkkk.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa