Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 4, 2016

Perlaksanaan Hudud di Kelantan: Dikhianati atau dipersetujui?

PENGKHIANATAN KEPADA PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN

1. Idea untuk melaksanakan HUDUD secara efisien telah dicapai kata sepakat diantara Kerajaan PAS Kelantan bersama Kerajaan UMNO/BN melalui kesanggupan pihak Kerajaan Pusat melalui KENYATAAN Dato' Seri Jamil Khir (http://www.suara.tv/2014/11/30/terserah-kepada-kelantan-bila-mahu-bentang-hudud-di-parlimen-jamil-khir/)

2. Didewan Undangan Negeri Kelantan, hasil dari gesaan dan pertanyaan oleh ADUN SALOR Dato' Husam yg menyarankan HUDUD perlu diteruskan perlaksanaannya sebagaimana yg telah direncanakan sebelum ini oleh Kerajaan Negeri yg diketuai oleh Arwah TGNA selaku MB Kelantan pada ketika itu. Soalan-soalan serta saranan dari ADUN SALOR di Sidang DUN Kelantan berkenaan persediaan kearah perlaksanaan HUDUD telah menyebabkan sedikit sebanyak membuka kelemahan pihak-pihak yg seharusnya bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan asas dan kemampuan tenaga manusia yg terlatih. Keadaan ini sedikit sebanyak telah mendorong DUN Kelantan mengambil tindakan membentangkan pindaan AKJS II melalui beberapa pindaan terhadap enakmen yg telah pun diluluskan sebelum itu. Sokongan tidak berbelah bagi oleh BN Negeri Kelantan menjadikan keadaan seolah-olah HUDUD akan diluluskan dengan selesa di PARLIMEN nantinya!

3. Persetujuan ini diserlahkan lagi dengan tertubuhnya JAWATANKUASA TEKNIKAL BERSAMA yg melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat. Jawatankuasa ini tugasnya merencanakan kepelbagaian keperluan yg harus diselesaikan secara bersama dengan dianggotai oleh pihak-pihak yg mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing khasnya dibidang perundangan. Beberapa siri pertemuan yg natijahnya membincangkan dari pelbagai sudut untuk melengkap undang-undang HUDUD dapat dilaksanakan antara kedua-dua pihak.

4. Apa yg telah berlaku sehingga ianya boleh dikatakan sebagai pengkhianatan kepada ROADMAP yg telah dirangka dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Persekutuan (Bersama Pusat Dan Negeri)?

a. Matlamat asalnya adalah menjadi tugas mereka yg menganggotai jawatankuasa teknikal ini untuk menjadikan pembentangan undang-undang HUDUD ini berlaku dengan jayanya tanpa mengalami kerumitan dan permasalahan yg seharusnya dielakkan.

b. Dijangkakan undang-undang ini dapat dibentang dan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja yg dijangka pada ketika itu akan bersidang pada JUN 2015. Sebaik sahaja persetujuan ini diperolehi maka Kerajaan Pusat melalui Menteri yg bertanggung jawab dibidang AGAMA ISLAM iaitu Dato'Jamil Khir akan membentangkan diParlimen bagi mendapatkan sokongan dari semua pihak bagi membolehkan undang-undang HUDUD dapat dilaksanakan di Kelantan.

c. Perancangan ini sungguh cantik dan berstrategi tanpa melibatkan SEBARANG PAHLAWAN HUDUD!

d. Menyedari sesuatu kesempatan boleh diambil dari perancangan ini yang memungkinkan adanya MILEAGE POLITIK dan nantinya dikenali sebagai IKON HUDUD, mereka yg mempunyai kepentingan politik ini telah mengambil tindakan yg bertentangan dengan apa yg telah dipersetujui sebagai ROADMAP yg telah sedia ada direncanakan oleh JAWATANKUASA TEKNIKAL bagi perlaksanaan undang-undang HUDUD telah berlaku.

5. Apa Yg berlaku?

a. Beban yg ada kepada Jamil Khir selaku Menteri yg bertanggungjawab dalam hal-hal Agama Islam tentu sekali menjadi satu BEBAN yg amat berat bagi beliau khasnya dengan adanya tentangan dan beberapa kenyataan sinis dari pihak pemain politik BN/UMNO atas kesediaannya dan ruang yang telah beliau berikan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Menyedari hal ini,tentulah jalan untuk melepaskan BEBAN dicari dan direncanakan.

b  Tindakan Presiden PAS  membawa usul persendirian ini dilihat bertentangan dengan hasil mesyuarat Pas Pusat yang menyetujui ianya dibentangkan oleh pihak Kerajaan Pusat.
Adalah dipercayai dan diyakini penglibatan beberapa orang yg inginkan diri mereka nantinya dikenali sebagai IKON HUDUD telah menjadikan segala perancangan dan tindakan secara terancang sebelum ini oleh jawatankuasa teknikal telah diMUSNAHKAN oleh mereka ini dalam sekelip mata dan sehingga kini undang-undang HUDUD atau pun pindaan akta 355 ini menemui beberapa siri kegagalan untuk dibentangkan diPARLIMEN dibeberapa kali persidangan DEWAN RAKYAT yg telah pun berlansung.

c. Tindakan mereka ini membelakangkan banyak pihak dalam membuat keputusan yg mungkin dilihat oleh mereka sebagai telah CERDIK DARI YG LAIN bolehlah disifatkan sebagai PENGKHIANATAN YG TERANCANG!

6. Apa yg telah mereka ini buat?

a. Membawa usul meminda Akta 355 menerusi Bil Persendirian adalah tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Persekutuan (Bersama Pusat Dan Negeri). Dikedudukkan ini tentu sekali Presiden PAS telah mendapat nasihat yg salah dari org yg SALAH!

b. Usul dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat tanpa dirundingi mahu pun dimaklumkan kepada mana-mana peringkat Pas Pusat, melainkan Presiden yang juga MP Marang yang telah dinasihatkan sebagai pembawa usul. Tindakkan sebegini menjadikan BEBAN yg sepatutnya dipikul oleh UMNO melalui JAMIL KHIR kini terbeban di batu jemala Presiden PAS!Usul yg sepatutnya dibawa oleh pihak Kerajaan telah berubah menjadi USUL PERSENDIRIAN. Jelas sekali KEGELOJOHAN TELAH BERLAKU DIPERINGKAT INI!

Lebih memalukan dan jelas membelakangkan banyak pihak telah berlaku. Usul yg tergesa-gesa ini juga telah membelakangkan pandangan pihak kedua yg sepatutnya diambil terlebih dahulu bagi memastikan kesilapan boleh dikurangkan atau ditiadakan samasekali. Namun kerana TIGA KEPALA OTAK sahaja yg terlibat,draf usul itu sendiri mempunyai kesalahan berkait samada kuasa yang hendak dipinda terletak di bawah Senarai Pertama atau Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia.

c. Kegelojohan Presiden PAS yg menandatangani USUL yang kesilapan teknikalnya telah tidak dikesan oleh beliau hasil dari tidak mendapat pandangan kedua sedikit sebanyak telah mencemarkan IMEJ PAS itu sendiri! Siapa yg menghasilakn deraf untuk ditandatangani oleh Presiden PAS sehingga kini tiada pihak yg mengaku telah menghasilkannya walaupun SEMUA ORG YG MENYELIDIKI HAL INI TAHU SIAPA ORANGNYA!

7. "TOYOL" ATAU "HANTU RAYA" yg mengkhianati perancangan undang-undang HUDUD untuk dilaksanakan telah bermula dengan begitu terancang dan mengambil masa yg amat singkat memusnahkan apa yg sepatutnya menjadi ROADMAP Jawatankuasa Teknikal HUDUD.

Apa telah berlaku?

a. Dua orang pemimpin Kelantan telah didatangi oleh wakil salah seorang Menteri Pusat yang memberi jaminan usul itu akan diizinkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan di waktu itu, Mac/ April 2015. Keyakinan inilah yg mencatitkan sejarah TERTIPUNYA MEREKA KINI!

b. Kedatangan wakil Menteri kononnya membawa pesan Menteri untuk bertindak sedemikian ialah sewaktu sidang Dun Kelantan untuk pembentangan Enakmen Jenayah Syariah II(1993) 2015 sedang berjalan pada tarikh 17 hingga 19 Mac.

c. Hasil kegelojohnya BAKAL IKON HUDUD INI,sebaik pindaan dibawa iaitu pada 18 Mac, draf usul itu terus ditandatangani!

d. Lebih misteri, dengan membelakangkan banyak pihak,Bil Persendirian berkenaan terus dibawa tanpa menunggu Enakmen yang baru diluluskan itu digazetkan terlebih dahulu. Kegelojohan ini telah menatijahkan keputusan yg sehingga kini UNDANG-UNDANG HUDUD GAGAL DIBENTANGKAN sekalipun WAYANG KULIT AKTA 355 beberapa kali telah cuba diselitkan sebagai usul persendirian.Selain itu turut membelakangkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama.

e. Bagi marhein yang mengikuti perkembangan politik semasa tentulah mempunyai berapa persoalan yg sehingga kini tiada jawapannya dan memerlukan jawapan yg teapat tidak sekadar memberi jawapan seperti melepaskan BATUK DITANGGA!

Antaranya:-

   i. Siapa pemimpin Pas yang memberikan info tidak tepat dan memberikan keyakinan yang tidak benar itu kepada Presiden?
   ii. Dari mana pemimpin Pas berkenaan mendapatkan jaminan itu?
   iii. Apa bentuk jaminan itu? Bertulis, lisan atau apa?
   iv. Ketepatan atau kekhilafan pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu menilai jaminan yang diberi
   iiv. Apakah wujud tipu daya politik dalam jaminan itu?
   iiiv. Jika ia tipu daya politik, siapa perlu bertanggung jawab kerana terperangkap dengan tipu daya itu?

8. Sebagai pemain politik yg seringkali menafikan ketidakmampuannya mereka berpolitik dan mentadbir,adakah cukup dengan memberikan jawapan sebegigini menjadikan mereka ini sebagai insan yg Amanah memikul tugas yg telah rakyat berikan? "Usul Bil Persendirian meminda Akta 355 tidak boleh bersandar atas 'tugas kita berusaha membentangkan sahaja. Berjaya atau gagal dibawa bukan tanggungjawab kita' kerana senario dan keadaan adalah berbeza dari Bil Persendirian mengenai isu yang sama yang pernah dibawa oleh MP Marang tidak lama dulu".

9. Premisnya kini, adanya laluan oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno berikutan wujudnya Jawatankuasa Teknikal Bersama dan semangat yang ianya akan berjaya yang telah ditunjukkan oleh ucapan sekian ramai pimpinan Pas Pusat telah menghasilkan PENCCOPONG yang menutup kesalahan yg berlaku dengan auta dan kenyataan-kenyataan yg menjadikan pihak lain sebagai kambing hitam kegagalan pembentangan akta 355!

10. Kini hasil dari gagal wujudnya IKON HUDUD dan keinginan menjadi SUPERMAN terlaksananya hudud telah memberi impak yg amat besar kepada PAS itu sendiri. Kerana nafsu dan inginkan sanjungan,mungkin? Isu hudud telah memusnahkan banyak ikatan politik yg sebelum ini dilihat menjadi harapan kepada rakyat Malaysia sebagai sandaran PEMERINTAH masa depan. Kegagalan ini juga telah menjadikan:-

a. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama terus terhenti sejak usul MP Marang dimasukkan.Kenapa?
b. Pas dilihat begitu mudah dipermainkan.
c. Tindakan Pas dilihat tidak matang.
d. Kegagalan adanya HUDUD di Kelantan menjadikan MB Kelantan MUNGKIR DENGAN JANJINYA UNTUK MELETAK JAWATAN JIKA SEKIRANYA HUDUD TIDAK TERLAKSANA DITAHUN 2016. Kita kini ditahun 1997 kah?

DENGAN TINDAKAN BEBERAPA PIMPINAN PAS KELANTAN MEPAMIRKAN KEBUNTUAN IDEA DAN TOHORNYA TARAF PEMIKIRAN MEREKA DALAM MENJAWAB BEBERAPA PERTANYAAN TENTANG ISU INI JELAS SEKALI MEMBERI GAMBARAN BAHAWA MEREKA BUKAN INSAN YG SEPATUTNYA DIPILIH MEMIKUL AMANAH RAKYAT DIMASA HADAPAN.

CUKUPLAH SEKALI RAKYAT TERTIPU DENGAN LAKONAN MEREKA! KETIDAKMAMPUAN NIK AMAR,TAKI DAN MB KELANTAN DALAM MEMBERIKAN JAWAPAN YG ADA NILAI AKEDEMIKNYA SERTA BOLEH MELERAIKAN BEBERAPA SOALAN YG WUJUD DENGAN BERSENDIWARA DENGAN MITOS POLITIK DAN MENYERANG SECARA PERIBADI PENANYA ADALAH SESUATU YANG MEMALUKAN BUKAN SAHAJA PIHAK MEREKA INI TETAPI TELAH MENCEMAR MARUAH PAS ITU SENDIRI!

PEMAIN POLITIK PAS BUKAN SAHAJA "MANIS MULUT" UNTUK MENDAPAT HAK SEBAGAI PEJUANG ISLAM MALAH PENGKHIANAT KEPADA UNDANG-UNDANG HUDUD JUGA BERHAK MEREKA MILIKI!

NYAMUK MENGGIGIT - 011 1912 3456

Rujukan:
  • Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355

2 comments:

  1. Nampaknya bukan tipah saja yg tertipu tetapi as usual lebai yg cuma tau hukum hakam tetapi cetek hal politik mudah le kena makan dek amno,.. TGNA dari dulu sudah warning... Jgn masuk lubang kali kedua.. Tp ulamak tua dan muda yg jenis gila reat sanggup ditipu dek amano.. Xtgk ke dgn din pagoh yg kena... Kalau geng depa sendiri pun depa makan apatah lg org luar... Mak oiii tipah tertipu le... Eh bukan lebai yg tertipu akibat gelojaoh nakkkan balak dan minyak...

    ReplyDelete
  2. Yang rajin keluar masuk lubang biawak ni adalah tak lain melainkan biawak sendiri..
    Dengan lidah bercabangnya.
    Suka kepada bangkai(umno)..
    Bergelumang dgn najis(baca lanun bugis)..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa