Tapi bagi Melayu otak singkat mungkin tidak mustahil kot?
Lagi pun orang muda adalah golongan cerdik dan tahu menilai
Mereka tak akan termakan kelentong!
Ahli Umno diminta tarik lebih ramai pengundi muda
30 JANUARI 2016
BERA - Pemimpin dan ahli Umno diingatkan agar tidak terus berasa selesa dengan politik masa kini, sebaliknya perlu berusaha keras mengukuhkan parti dengan menarik sokongan rakyat terutama dalam kalangan generasi muda.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jentera parti perlu melipatgandakan usaha mengadakan penerangan, ceramah dan mendaftar seberapa ramai pengundi baharu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini.
"Jangan apabila tiba waktu pilihan raya, baru sibuk hendak mendaftar pemilih. Saya mahukan setiap anggota, pemimpin akar umbi supaya peka dan turun padang bagi mendaftar mereka yang cukup umur sebagai pemilih dan ahli baharu.
"Pemuda, Wanita dan Puteri perlu menggalas peranan ini supaya lebih ramai golongan muda mahupun pengundi atas pagar dapat didaftarkan sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan Umno Bahagian Bera, di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau meminta pemimpin di peringkat cawangan mengadakan kerjasama erat dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya projek yang memberi kepentingan kepada rakyat dapat dikenal pasti dan dilaksanakan.
"Walaupun ekonomi negara sedikit terjejas, kerajaan tidak mengurangkan pembangunan untuk rakyat, malah projek yang dirancang sebelum ini akan tetap dilaksanakan mengikut jadual," katanya. - Bernama
Menteri cap ayam akan dpt bodek pemuda cap ayam atau penagih dadah... Tu cara menarik pemuda yg rosak.. Rakyat lain sorry le.. Kes najib terang lagi bersuluh utk rakyat memahami siapa yg patut perintah negara.. Duit berbillion boleh kata donation.. Agak agak le utk tipu rakyat...
ReplyDeleteMemang lawak...orang muda tk tgk berita tv3 suku...tv 9 tv 1.
ReplyDeleteOrg muda lebih bnyk maklumat...nk kelentong pergi ke kampung2 felda2 pergi jumpa warga emas kat sana boleh la umno beli dgn beras sekampit minyak sebotol tepung/gula susu expired dn kain pelikat selai
....
jangan lupa maseh ada puak muda yang dah diboddokan
ReplyDeletemaka depa tetap akan pilih bn
Inilah je tahap menteri2 mesia..penjilat pemakan dedak..
ReplyDelete