Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 11, 2016

Salahuddin Ayub jawab gesaan bodoh Takiyuddin

Ahli AMANAH masuk PAS tak jadi kafir
Alyaa Alhadjri  - 
Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak akan membuang masa menyiasat dakwaan ahli parti itu menyertai PAS semula.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata mengikut maklumat yang ada padanya, parti itu yakin ramai di kalangan individu yang ingin menyertai AMANAH adalah ahli PAS.
"Sebab itu ada istilah harum manis dan itu yang perlu dilihat setiausaha agung (PAS)," katanya di sidang media di Wisma AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa beliau mempunyai bukti ada anggota AMANAH kini mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.
Justeru Takiyuddin (gambar, tengah) meminta kepimpinan AMANAH untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.
"Saya sebut (ada anggota AMANAH sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan AMANAH," katanya.
Salahuddin yang pernah dipilih menjadi Naib Presiden PAS sebelum disingkirkan kumpulan konservatif tahun lalu berkata pihaknya tidak akan membuang masa melayan dakwaan seperti dibuat Takiyuddin itu.
"Mereka (PAS) ini sekarang dalam proses untuk membuat peraturan-peraturan, mengeluarkan surat-surat amaran termasuk tidak boleh pergi ceramah AMANAH dan mungkin minum kopi dengan kami juga akan diambil tindakan.
"Jadi itu sebenarnya gambaran yang berlaku," katanya.
Sementara itu Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata sebagai parti yang mengamalkan demokrasi parti itu menghormati pilihan setiap individu dan berharap PAS turut mengambil pendekatan begitu.
"Tak perlu nak ikat dengan tuduhan-tuduhan khianat, langgar baiah. Biar mereka pilih atas keyakinan masing-masing.
"Jika ada orang AMANAH nak kembali kepada PAS silakan. Buat apa yang kamu yakin adalah yang terbaik.
"Kalau ada orang PAS nak masuk AMANAH kita harap PAS mempunyai bersikap terbuka dan menerima kita semua ini sebagai bersaudara memperjuangkan dasar Islam untuk kebaikan negara dan umat.
"Tak kafir kalau AMANAH masuk PAS, tak munafik kalau PAS masuk AMANAH," katanya.

4 comments:

  1. http://YouthToEarn.com/?ref=218576

    ReplyDelete
  2. PAS PIS PUS dah panic..sbb ramai ahlinya termasuk aku yg menyeberang masuk AMANAH

    ReplyDelete
  3. kalau yg masuk amanah tu yg punyai pengaruh.ada jawatan dalam parti..kalau nak bising pun ok la.tp kalau setakat ahli bawahan.tak payah la nk berkecoh kecoh...tak jadu duri pun buat pas kan?
    pas bukan kah dah kuat...
    orang bawahan ni...ape yg ada..setakat bg ramai je.keluar masuk pun mcam tu juga..di gunakan cuma bila nk mengundi..
    aku peduli ape..nk jadi kapir je murtad ke..tak ada satu dalil pun kata keluar pas jadi mcm tu.pas bukannya agama..cuma parti berlandas kan agama.dulu la..sekarang dah jadi lain.

    ReplyDelete
  4. Mengapa bongok sangat SU PAs ni. Pekakke telinga tu. Tuan Presiden dah kata Amanah bertahan 2 tahun sahaja apa pasal kecoh-kecoh. Kalau belum setahun sudah ada ahli Amanah masuk Pas kira okayla. Menjelang 2 tahun macam-macam boleh jadi. Amanah boleh tutup kedai, ahli-ahlinya berhenti beramai-ramai atau presiden Pas sendiri yang jalan!! Walau apapun kita doakan Hadi umur panjang supaya bersama Mahadir tengok kemusnahan yang berlaku akibat perbuatan mereka!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa