Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 1, 2016

Sudah-sudahlah membadotkan AG!

Bagaimana peguam negara tahu RM2.6 bilion Najib bukan dari 1MDB, soal Tony Pua
TMI - Published: 31 January 2016 11:51 AM
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih belum mengesahkan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, kerana menurut SPRM, siasatan ke atas wang derma itu masih belum lengkap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016. 

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh menolak kemungkinan sejumlah AS$4 bilion (RM16.6 bilion) daripada dana yang disalahgunakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebahagian daripada derma RM2.6 bilion yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Tony Pua.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu berkata, Apandi masih belum mengesahkan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, kerana menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), siasatan ke atas wang derma itu masih belum lengkap.

"Persoalan yang perlu kita tanya Apandi ialah, bagaimana beliau boleh berpuas hati yang, walaupun sekiranya dana yang disimpan dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu datangnya daripada penderma Arab misteri, wang itu tidak berasal dari 1MDB?

"Timbalan pengarah operasi SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull secara terbuka menyatakan, siasatan terhadap RM2.6 bilion itu masih tidak lengkap kerana penyiasat perlu mengumpul dokumen dan kenyataan beberapa individu daripada institusi kewangan di luar negara.

"Shukri berkata, suruhanjaya itu memfailkan permohonan kepada peguam negara untuk mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA).

"Bagaimanapun, Apandi sudah pun membuat kesimpulan yang 'tidak ada keperluan' bagi Malaysia membuat permintaan MLA kepada mana-mana negara asing untuk melengkapkan siasatan SPRM berhubung sumbangan itu," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Selasa, Apandi memberitahu satu sidang media, sumbangan AS$681 juta daripada keluarga diraja Arab yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib diberikan "tanpa sebarang pertimbangan".

Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1MDB mendapati, sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat milik kerajaan Malaysia disalahgunakan.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga melahirkan kebimbangan terhadap keputusan Apandi menghentikan siasatan ke atas dana yang dipindahkan ke dalam akaun Najib itu, mengatakan langkah itu boleh menjejaskan siasatan negara itu dalam kes 1MDB.

Mengulas kenyataan itu, Apandi berkata, siasatan yang sedang Switzerland jalankan ke atas 1MDB berasingan daripada kes derma itu.

Tetapi Pua berkata, hubungan antara 1MDB dan derma itu mesti disiasat kerana ada "keterangan mengikut keadaan" sekitar urus niaga itu.

"Jumlah AS$681 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri dibuat dalam tempoh lima hari selepas 1MDB berjaya mengumpul AS$3 bilion dalam bentuk bon pada Mac 2013," kata Pua.

The Wall Street Journal (WSJ) juga melaporkan, wang itu dipindahkan ke dalam akaun Najib melalui sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. 

Tanore Finance Corp Limited memindahkan dana melalui Falcon Private Bank di Singapura, sebuah bank Swiss milik syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC), lapor WSJ.

"IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS seterusnya memeterai pelbagai perjanjian kewangan dan usaha sama dengan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd membabitkan berbilion dolar.

"Siasatan ke atas sumber derma berbilion ringgit Najib itu tidak boleh dianggap lengkap tanpa menyiasat jejak wang ke luar negara 1MDB, IPIC, Aabar, Tanore Finance dan Falcon Bank," kata Pua.

Pua juga menggesa Apandi mengisytiharkan yang beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland dan memenuhi permintaan SPRM untuk mendapatkan MLA daripada pihak berkuasa kawal selia asing. – 31 Januari, 2016.

1 comment:

  1. saya orang biasa je ..... dulu tak faham masalah 1mdb ni ....sekarang sudah faham sikit ....mengapalah jadi gitu.... mula-mula minta derma...kemudian dapat derma...alhamdulillah ....dah guna dah sedikit....kemudian pulangkan pulak baki derma tu...apa hal..??? ...tiba-tiba setahun kemudian ada lagi baki duit derma tu.....guna pulak untuk bayar hutang kadkredit ..... BOHONG BETUL...!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa