Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 15, 2016

Tidak ada undang-undang perbelanjaan p'raya: Apa kata SPR dengan dana melebihi RM2.6b?

RM2.6 bilion tak cukup hadapi PRU- Annuar
mk - Hari ini, 3:11 petang
Derma sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan jumlah "yang besar" untuk menghadapi satu pilihan raya umum (PRU) kata, Ketua Penerangan Umno yang baru Tan Sri Annuar Musa.
Dalam temubual bersama akhbar berbahasa Inggeris, The Star Annuar berkata buat masa ini tiada peraturan atau penanda aras yang menentukan dana untuk parti-parti politik.
"Ia sangat mudah. Kamu perlu mempunyai peraturan. Itu adalah penanda aras bagi apa yang boleh dan tak boleh. Undang-undang yang akan memutuskan.
"Jika tidak mempunyai undang-undang, maka di mana penanda aras itu? RM2.6 bilion untuk menghadapi satu pilihan raya umum (jumlah) tidak besar!" kata anggota parlimen Ketereh itu.
Beliau mengulas soalan mengenai kewajaran Najib sebagai presiden Umno menerima sumbangan tanpa pengetahuan pemimpin parti yang lain termasuk Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, Annuar mendakwa pakatan pembangkang turut mempunyai cara mereka sendiri untuk mendapatkan "sejumlah dana yang besar" sebelum PRU ke-13 pada 2013.
"Saya tidak mahu katakan dari mana, tetapi kita tahu terdapat beberapa parti dan rakyat yang juga sebagai sumber pembiayaan kepada pembangkang, tetapi ia tidak penting untuk saya bercakap mengenai bagaimana dan di mana mereka mendapatkan duit mereka.
"Apa yang cuba saya katakan ialah, kita perlu mempunyai undang-undang di mana anda boleh tetapkan penanda aras yang jelas tentang apa yang boleh dan tak boleh.
"Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan kepada anda dalam temubual ini dengan mengambil kira apa yang telah kami hadapi dalam pilihan raya umum sebelum ini.
"Ada di antara soalan yang saya tidak bersedia untuk berkongsi dengan anda," kata Annuar.
Jentera minta wang dari presiden
Ditanya sama ada Najib beretika untuk menerima sumbangan itu secara peribadi, Annuar menegaskan bahawa ia beretika dan berdasarkan kepada peraturan.
"Ia sangat tidak beretika untuk perdana menteri, untuk presiden Umno jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia semudah itu!
"Anda mesti mempunyai wang yang cukup. Dalam sistem Umno, pembiayaan itu hanya datang dari presiden. Kami tidak pernah persoalkan.
"Jentera dan semua orang parti akan meminta wang daripada presiden parti, walau siapa pun presiden parti," katanya sambil menambah bahawa isu pembiayaan adalah sesuatu yang perlu parti elakkan daripada membincangkannya di khalayak.
"Saya boleh katakan sesuatu tentang bagaimana (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad) mengendalikan pilihan raya. Saya nampak beberapa perkara dengan mata saya sendiri. Tetapi jika kita terus membincangkan perkara ini, kita akan jatuh dalam perangkap pembangkang (jadi saya tidak mahu ia terjadi)," katanya lagi.
Walaupun ketika ini tidak ada undang-undang di Malaysia yang mengawal pembiayaan dana politik, tetapi Seksyen 19 (1A) Akta Kesalahan Pilihan Raya menyatakan bahawa setiap calon hanya dibenarkan untuk menghabiskan maksimum sebanyak RM200,000 bagi satu kerusi parlimen dan RM100,000 untuk satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
BN meletakkan seramai 220 orang calon bagi kerusi parlimen dan 505 bagi calon DUN semasa PRU13.
Jika mengikut had yang dikenakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, jumlah yang boleh dibelanjakan oleh semua calon BN hanya kira-kira RM94.5 juta.

8 comments:

  1. masaalahnya..ia terima 'derma' itu atas kapasiti perdana menteri..yg mewakili negara..bukan sebagai presiden parti..
    semua orang tau..kalau untuk parti..seharusnya di masukkan dalam akaun parti di bawah bendahari parti.bukan akaun peribadi presiden.
    siapa yang sangat tidak beretika ni?
    jawabla macam mana pun.pusing la selagi boleh pusing..buka semua rakyat boleh telan bulat bulat ape yg di hidangkan..

    ReplyDelete
  2. INI cerita orang cari makan...nak buat macamana...spisis BNumnongok.

    ReplyDelete
  3. Menteri menteri yang back up Najib ni semua bongok bongok belaka ka? Dia cakap 2.6b tak cukup, habis tu kalau tak cukup buat pa pulang 2b? Tadi cakap tak cukup...bongok bongik

    ReplyDelete
  4. Anuar musa jer sebat duit pprt da 300juta...mane ckup ma...btul la apa dia ckap....puaka punya umno n anuar penyangak...ku sebat...kusebat ...baru la kaya...btul x kak vida comel loteh...

    ReplyDelete
  5. ..que putih..que putih.. barulah putih... tetiba..bling bling bling jadik warna pink & Annuar ni pun bercakap mcm 'pink colour'..!

    ReplyDelete
  6. LEMBU JER PERCAYA CKAP PAK LEMBU NIH...

    ReplyDelete
  7. Haha. Hang kata depa lembu. Aku sakit perut ketawa. Haha. Opps mak lembu tido dlm kondo kt Bangsar. Haha

    ReplyDelete
  8. Haha. Hang kata depa lembu. Aku sakit perut ketawa. Haha. Opps mak lembu tido dlm kondo kt Bangsar. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa