Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 18, 2016

Pakatan Harapan: Yong tanya "Nak gi mana?" Aku tanya "nape jadi gini?"

QUO VADIS PAKATAN HARAPAN? [FIRAUN PUN BOLEH PAKAI BAJU LAIN]

Bukankah dulu kita sudah bergerak tanpa Dr Mahathir untuk menuntut supaya polisi/sistem public/corporate governance diperbaiki dan Najib undur?

Ingat Bersih 2?
Ingat Bersih 3?
Ingat Bersih 4?
Demo Anti GST dll...

Mengapa tiba2 sekarang apabila kita enggan menyokong Deklarasi Rakyat @Mahathir kita dituduh menyokong Najib dan UMNO?

Mengapakah kita sanggup mengguris hati keluarga Anwar Ibrahim yang pernah dianiaya Mahathir – semata2 kononnya telah memaafkan, tapi terus diperlekeh oleh Dr Mahathir?

Ada atau tidak Mahathir berkata hendak mengkuburkan UMNO dalam ucapan nya?

Ada???? Dalam mimpi, mungkin.

Sesungguhnya: Ada Dr Mahathir tidak menambah, tiada tidak mengurang.
MACAMLAH PENGGANTI YANG DIPILIHNYA MEMILIKI MORAL YANG TINGGI (THE AUSTRLIAN)

Sejak tahun 1998, pemimpin dan penyokong amat fokus. 

BN wajar ditumbangkan.

Kekuatan parti pembangkang semakin menyerlah:
Adat perjuangan. Badai tetap membalun bahtera peperangan Parti pembangkang. PMIP akhirnya berpecah. Parti Amanah dilahirkan.

Tetapi pemimpin dan penyokong terus fokus. 

Benteng terus diperkukuh. Kekuatan terus dibina. Matlamat untuk menjatuhkan regim BN.

Tup tup muncul seorang "negarawan" yang disebut firaun pencen dengan model Deklarasi Rakyatnya.

Penyokong berpecah. Media sosial digunakan untuk menyindir antara satu sama lain.

Matlamat memecahkan solidariti Pakatan Harapan hampir tercapai.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Semakin kuat Dr Mahathir mengasak Najib, Semakin kuat Najib meningkatkan pengaruh.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Yang akan mengundi dan memilih anda nanti bukan penyokong atau pengampu anda, tetapi rakyat biasa tanpa parti.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Firaun tidak pernah pencen. Dia hanya bertukar baju sahaja.

Posted by Yong Intan Noor at 11:55 

6 comments:

  1. Memanggil org firaun pecen adalh satu kesilapan,,,
    Sekarang buka kita bercerita pasal parti tapi kita berbicara pasal negara,,
    Tidk kira dari parti mana tapi jika negara bermasaalah kita harus bersama bersatu untuk memperbaiki, ini yg yg di panggil politik matang ,, yg berlaku di negara negara maju dan kerana itu mereka maju,, dan ini juga yg berlaku pd bangsa asing kecuali islam yg benama melayu yg mana hatinya kurang sempurna dan akal di kawal oleh nfsu dan dendam cemburu,,,

    ReplyDelete
  2. Mahathir di zaman dia pm dulu pun wujud desakan supaya dia turun. Malah di satu pringkat kalau dia x turun umnubn akan kalah pru. Dia pun turun bagi kat pokloh. Undi kpd bn naik dlm pru. Pokloh kira baiklah jugak tp kaki tido. Undi bn turun jadi mahathir temper suruh pokloh undur bagi kt najid. Undi bn turun makin parah. Mahathir makin temper. Suruh nsjid undur si bugis buat dek jer. Umnu yg kat atas dpt dedak berguni berkarung ttp sokong najid dan pulau mahathir. Si tua ni makin temper n kluar umnu buat krjasama dgn pembangkang. Ok lah sbb nak slamatkan Mesia kata dia. Kata dia ... boleh caya ker??? 22 tahun pm mmg banyak dia buat tp kena ingat baik engko buat bwk masuk kubo tp jahat yg engko buat ka orang selagi org tu idup dia akan ingat. Malangnya puak2 pmbngkang mcm lupa apa yg mahathir penah buat trhadap mereka. Heran gak aku kadang2 tu. Azmin mcm sasau x ingat apa mahazalim ni dah buat kat DSAI. Seolahnya mcm PAS jer yg tak lupa. Bukan puji Pas tp itu realiti yg org nampak. Kit Siang mcm dah nyanyuk dan lupa perbuatan mahathir kat dia dan LGE. Abg Mat pun dah x ingat brapa kali kena ISA zaman mahathir. Aku x bukan ahli politik dan x minat nak jadi ahli politik. Bukan ahli mana2 parti politik cuma nak tengok Mesia jadi makin baik. Tinggal dan biarkan mahadet dgn labunya. Tanpa mahadet lagi bagus. Dengarlah pandangan penyokong2 bawahan ni jgn sampai org fed up. Bila org dah fed up dan rasa kira kotor kanan pun x leh pakai org akan duduk atas pagar x turun2. Kena ingat pru di Mesia ni ditentukan oleh swing undi atas pagar jer. Jgn nanti penyokong pembngkang yg x suka mahadet rungkas naik pagar dah ler.

    ReplyDelete
  3. Aku ckp knp PAS nak beriman pada FIRAUN yg sedang berkuasa. Mahathir yg akhirnya ingin bertaubat ketika sedang lemas di laut merah!!!! Ini lah watak sepanjang ZAMAN.

    ReplyDelete
  4. kah kah kah ....... pigi jahanam dengan pakatan haru biru .......... admin dan yong puaka kuning boleh terjun sekali ............ bala suka buat fitnah kat ulamak ! agenda perjuangan nasionalis dan duniawi tak kemana ......... idola hang pa Dap ...... satu tokong anti Islam dan satu lagi ramasamy ketua pengganas tamil Eeelam ......... hang pa brain dan IQ Eeelak !

    ReplyDelete
  5. Kebenaran dan telahan Mahathir tepat dan benar.Bahawa orang Melayu MUDAH LUPA... dan orang Melayu Mudah Ditipu ... Konotasi dua dua inilah yang mencampakkan pemimpin pemimpin Pakatan Harapan mendokong dan menggendong perjuangan Mahathir yang mengaib dan menzalimi Anwar secara berterusan dan sekaligus perjuangan untuk memartabatkan Mahyudin dan seterusnya anaknya menjadi Perdana Menteri.Bagi Mat Sabu yang pernah disumbatkan kedalam penjara serta yang sewaktu dengannya... mungkin merindui dunia penjara supaya jitulah ia seorang pejuang.
    Bagi yang belum pernah disumbat ke penjara..., tunggulah anda semua akan disumbat oleh Mahyudin dan Mukhriz; perdana menteri.Kerana mereka ada orang yang memberi arahtadbir dan cara dibelakang mereka, iaitu Mahathir.Bersangka baik biarlah bertempat.
    Biarkan Mahathir dengan orang orangnya, Pakatan Harapan dengan caranya tersendiri.Itu baru anak jantan dan bukan anak jantan seperti yang dikatakan oleh Mat Sabu.

    ReplyDelete
  6. Move on. Lupakan org tua ni. Jangan dendami dia kerana itu bukan cara islam just forget him and move on your own. Malaysians of any creeds dont need him. He is something of the past. He can do nothing of any significance. He ll just hinder what the oppositions have achieved thus far. Its time to let go. Opposition front doesnt need this man or the likes of him. He still wants umno to be in power. His personal ambition is to remive najib from power but retain his cronies at the helm of the country. What good wiil it bring us??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa