Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 18, 2016

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi: Apa pula Mad Sabu dan Mahfuz kata......

Kenyataan Media.

KENYATAAN MENTERI LUAR SAUDI BIKIN ROSAK ANA (NAJIB) PUNYA PROGRAM.

1. Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang menyatakan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi PM Najib adalah derma dari negaranya kepada Najib. Kenyataan Adel BIKIN ROSAK ANA (NAJIB) PUNYA PROGRAM. Najib tahu rakyat tidak percaya dengan kenyataan Adel kerana Adel tidak mengatakan kenyataan dia sebelum ini yang wang RM2.6 bilion adalah PELABURAN tidak betul.

2. Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu hanya dibuat selepas pertemuan khusus beliau dengan PM Najib di Istanbul sempena Sidang Kemuncak OIC ke-13.  Menunjukkan ianya adalah satu kenyataan yang sangat menimbulkan tanda tanya. Ini kerana pada Februari 2016, Menteri yang sama iaitu Adel Al Jubeir menyatakan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bukan derma tetapi adalah PELABURAN.

3. Persoalannya, kenapa Menteri Luar itu perlu mengambil masa dua bulan untuk menyatakan wang tersebut adalah derma daripada negaranya dan kenapa beliau perlu tunggu untuk menyatakannya selepas pertemuan dengan Najib? Ini menunjukkan dia dalam keadaan tertekan untuk buat kenyataan. Bagi saya, Adel sangat bijaksana membuat kenyataan tersebut walaupun dalam keadaan tertekan kerana dia masih ingat Februari yang lalu beliau telah pun membuat kenyataan yang menyatakan wang itu adalah pelaburan. Bagi saya, kenyataan Adel sekadar untuk MENGAMBIL HATI ORANG YANG DATANG BERTEMU DENGANNYA. Sebenarnya Adel sedar kenyataan beliau untuk beritahu masyarakat Malaysia dan dunia jangan percaya dengan kenyataannya. Dia BOHONG SAMPAI ORANG TAK PERCAYA. Mesej Adel wang RM2.6 bilion bukan derma. Nasib kau lah Labu (Umno).

KETOI TAIK DISANGKA KAYU.

4. Gegak gempita seluruh negara semua media di Malaysia memainkan tajuk berita muka depan dan memutarkan tajuk paparan utama untuk tujuan membersihkan Najib. Pegawai Pejabat PM dan Menteri Komunikasi pun cepat-cepat keluarkan kenyataan minta Tun M bertanggungjawab terhadap kerosakan reputasi negara dan minta mohon maaf kepada Najib dan rakyat Malaysia. Pemimpin Umno dan Menteri-Menteri macam orang lemas mencari tempat nak berpaut sehingga "KETOI TAIK DISANGKA KAYU PENYELAMAT" untuk dia berpaut.

5. Saya percaya kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu bukan kayu penyelamat bagi Najib dan Umno yang lemas tapi akan menenggelamkan Najib dan Umno kerana laporan PAC  dan pengakuan IPIC telah mendedah dan membenarkan Skandal negara 1MDB  yang Najib tidak boleh dilepaskan dengan kehilangan wang USD4.5 bilion (RM14 bilion). Satu siasatan bebas diperlukan untuk mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan.

#UndurNajib
#RefomNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10.00 Pagi KLIA
17 April 2016/9 Rejab 1437H.


KENYATAAN MEDIA

www.amanah.org.my

PENGAKUAN MENTERI ARAB WAJARKAN NAJIB LETAK JAWATAN

1. Pengakuan daripada Menteri Luar Arab Saudi bahawa kerajaan mereka yang menderma kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meletakkan Perdana Menteri Malaysia telah dibeli.

2. Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara OIC dan NAM di atas sifatnya yang berkecuali. Nama Malaysia selama ini harum dalam beberapa isu termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan juga sokongan terhadap Palestin.

3. Perdana Menteri sebelum ini dapat memainkan peranan dalam OIC untuk menyatakan pandangan, yang membawa nilai positif kepada OIC dan umat Islam.

4. Arab Saudi kini sedang mengetuai suatu blok besar di Timur Tengah dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain. Oleh itu pengakuan memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu.

5. Kesannya, imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan.

6. Untuk keluar daripada kemelut ini, saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri memohon Najib supaya berhenti dari menjadi Perdana Menteri secara terhormat. Tindakan ini penting bagi menamatkan segala bentuk spekulasi dan tohmahan kepada Malaysia sekaligus memulihkan imej negara yang kini buruk di Timur Tengah termasuk di Eropah.

7. Malaysia hendaklah kembali memainkan peranan seperti dahulu menjadi orang tengah, pendamai, dan bukannya pengadu domba. Itulah peranan yang dimainkan oleh semua Perdana Menteri sebelum Najib Tun Razak.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

17 April 2016 / 09 Rejab 1437H

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa