Monday, 18 April 2016
ADIK JAGA INTERGRITI.......ABANGNYA?
Seolah-olah menunjukkan cara bagaimana menjaga intergriti, Pengerusi CIMB Bank, Nazir Razak mengambil keputusan bercuti secara sukarela sementara semakan dalaman dijalankan terhadapnya kerana menerima AS$7 juta daripada abangnya, Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 yang lalu.
Wang itu dipercayai diberikan Najib kepada adiknya untuk diagih-agihkan kepada beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam kempen pilihanraya berdasarkan arahan oleh abangnya selaku Presiden UMNO.
Keterlibatannya menerima wang tersebut disahkan oleh Nazir sendiri kepada WSJ di mana beliau percaya ia adalah sumbangan politik daripada dalam negara dan tidak pasti jika ianya daripada sumber yang lain.
Nazir kemudian meluahkan perasaannya bahawa beliau tidak sepatutnya terlibat berbuat demikian.
Ketika mengesahkan cuti sukarelanya, Nazir berkata, bank itu tidak akan dapat beroperasi pada tahap tertinggi jika beliau tidak mengambil tindakan cuti sukarela itu.
Tentunya tabik untuk Nazir!!
Tapi, bagaimana dengan Najib?
Bukankah jika sedari awal ketika isu 1MDB dan derma RM2,600 juta membelenggu dirinya, beliau turut sedia bercuti secara sukarela sementara pihak-pihak berkuasa menjalankan siasatan, imej negara tidaklah begitu tercemar sebagaimana sekarang?
Nampaknya yang bongsu lebih faham dan amat mementingkan intergriti berbanding anak sulung Tun Razak. (SH 18/04/2016). - sumber

Yang sulung Cap Ayam... penabur dedak dan furadan kepada negara.
ReplyDelete