Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 1, 2016

MO1: Rupanya 'telor' menteri lain tak sepejal Rahman

Menteri lain enggan ulas pengesahan MO1 adalah Najib
Shakira Buang  -   Hari ini, 2:20 tengahari
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas pengesahan kerajaan bahawa Malaysia Official 1 (MO1) adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas pengesahan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.

"Itu kena tanya Rahman Dahlan," kata Ismail dalam sidang medianya di Serdang hari ini.

Bagaimanapun selepas diasak pemberita, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata beliau akan berbincang dengan Rahman berhubung kenyataan tersebut.

"Saya kena bincang dulu dengan beliau, saya bimbang kenyataan saya nanti bercanggah," kata Ismail.

MO1 dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Jaringan media British BBC melaporkan Rahman sebagai berkata “Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri".

Rahman bagaimanapun berkata DOJ tidak menyebut nama sebenar kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.

DOJ menyifatkan MO1 sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mempunyai AS$681 juta dalam akaun bank peribadinya.

Riza Aziz, anak tiri Najib dan Jho Low, seorang ahli perniagaan yang dilaporkan rapat dengan keluarga perdana menteri, juga dinamakan dalam saman DOJ itu.

Turut dinamakan adalah pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dan berkata wang diterima Najib daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa