Apa kata anggota Melayu/Islam dalam DAP dan PKR?
Adakah parti sebegini baik untuk rakyat keseluruhannya?
Pemimpin DAP, PKR hadir sokong parti arak
mk - 10:32AM - 11 Oct 2014
Segerombolan pemimpin kanan DAP dan PKR muncul untuk memberi sokongan kepada penganjur parti arak Oktoberfest, yang terpaksa memindahkan upacara tersebut ke lokasi tertutup.
Menurut MP Kelana Jaya, Wong Chen, gerombolan itu diketuai penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tiba seawal jam 9 malam di pusat membeli-belah 1Utama, Petaling Jaya bagi menyertai parti berkenaan.
Turut hadir ialah setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, ADUN Bukit Gasing R Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Wong Chen berkata beliau hadir ke program tersebut bersama penasihat undang-undang PKR, R Sivarasa demi mempertahankan hak orang yang minum alkohol.
“Saya bukan seorang peminum tapi saya percaya pada hak orang yang minum dan tidak minum. Cuma, jangan memaksa niat anda pada orang lain.
“Untuk peminum, anda ada satu lagi tanggungjawab untuk tidak memandu dalam keadaan mabuk,”
Penganjurnya Carlsberg Malaysia terpaksa memindahkan acara tiga hari tu ke kawasan letak kereta bertingkat, selari dengan arahan Menteri Besar, Azmin Ali agar acara itu diadakan mengikut peraturan.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengarahkan acara berkenaan dijalankan di lokasi tertutup, susulan bantahan oleh pemimpin Umno dan PAS.
Penganjur turut menegaskan bahawa acara berkenaan "khusus untuk pengguna bukan Islam berusia 18 tahun ke atas".
Abe
ReplyDeletePKR dan DAP adalah parti berbilang bangsa dan bukan seperti PAS.
Kedua, pemimpin2 PKR, DAP yang menghadiri octoberfest 2014 itu semua bukan Islam. Yang penting tidak ada pemimpin melayu dari PKR dan DAP yang pergi - walaupun pergi untuk menunjukkan Islam m3ngamalkan toleransi berugama, rasanya tak elok dalam konteks politik dinegara ini hari ini.
Syukur takde seorangpun pemimpin melayu PKR dan DAP yang hadir. Soal pendirian peribadi pemimpin melayu didalam PKR dan DAP tidak menjadi isu dan sepatutnya menjadi isu. Pendirian peribadi dan p3ndirian parti adalah 2 perkara yang berbeza, apatah lagi dalam keadaan politik adu domba hari ini.
Saya percaya pendirian peribadi pemimpin-pemimpin melayu PKR dan DAP sama dengan pendirian kebanyakan kita yang berugama Islam.
Sebab jika kita mempersoalkan pendirian mer3ka, kita juga kena mempersoalkan pendirian kesemua pemimpin UMNO selain dari Noh Omar. Apakah apabila pemimpin2 UMNO ini selain Noh Omar tidak menyatakan pendirian mereka tentang octoberfest 2014 maka mereka menyokong octoberfest 2014?
Biarlah orng bukan islam nak minum byak mana pun,jgan mabuk dah,cuma yg teruk orang islam yg luluskan kilang arak,judi..pesta2 yg melalaikan..
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteOctoberfest 2014 juga akan diadakan di Melaka. Tempat dimana Octoberfest 2014 Melaka ini akan diadakan di Jonker Walk - sebatang jalan terbuka yang merupakan kawasan perlancungan yang popular.
MANA ISMA? MANA PERKASA? YANG LEBIH PENTING MANA PUAK-PUAK UG YANG BDRSARANG DIDALAM DUPP? MANA AT TAKIRI, MANA VELLFIRE, MANA NIK ABDUH DAN KONCO-KONCO? AWAT SENYAP MACAM TIKUS? APA ALASAN HANGPA DOK DIAM? DEWAN ULAMAK PAS MELAKA DAH BANTAH. MANA HANG ORANG2 BESAR DUPP?