Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 11, 2014

Kesiaan...: Kerana Brehim Nancy Dibalun Lagi!

Jadi, anda boleh melanggar undang-undang dengan alasan mempertahankan agama? 
Ng Kee Seng06:30PM Okt 10 2014
SEKILAS PANDANG: Kelihatannya, semua pemimpin Barisan Nasional (BN) adalah ibarat "pondan politik" dalam isu mempertahankan hak-hak rakyat Malaysia.


Mereka bukan sahaja mengucapkan kenyataan bodoh yang lemah untuk mewajarkan kerjaya politik mereka, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk merelakan diskriminasi dan pembulian.
Kenyataan paling menjijikkan pemimpin BN untuk mempertahankan golongan perkauman dan fanatik agama, telah dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Nancy, pemimpin PBB dari Sarawak, memberitahu Parlimen pada 7 Oktober bahawa polis membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berikutan seruannya tahun lalu untuk membakar salinan Bible yang mengandungi perkataan "Allah" disebabkan beliau hanya mempertahankan Islam.
Apakah yang sepatutnya menjadi alasan atau justifikasi untuk membiarkan Ibrahim terlepas?
Adakah anda mengatakan bahawa sesiapa sahaja boleh mengucapkan apa-apa yang dimahukan, atas alasan mempertahankan agamanya?
Apakah yang akan berlaku jika orang bukan Islam mengatakan perkara yang sama?
Atau mungkin Nancy juga berkias bahawa seseorang juga boleh menyebabkan kecederaan atau membunuh demi mempertahankan agama?
Ayuh Nancy. Jangan anggap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bodoh.
Rakyat Malaysia boleh mempertahankan apa-apa yang mereka mahu, tetapi ini tidak memberi mereka hak atau alasan untuk mengambil jalan keluar dengan melanggar undang-undang.
Jelas sekali, Ibrahim sengaja melanggar undang-undang dengan mengeluarkan kata-kata sensitif untuk membakar atau menghasut sentimen agama. Adakah itu bukan tindakan menghasut?
Nancy, menteri yang menjaga undang-undang, berkata polis membuat kesimpulan bahawa kata-kata beliau hanya ditujukan kepada individu tertentu, dan tidak mengancam masyarakat yang lebih besar. (Biar betul?) 
“Kenyataan beliau dibuat bukan bertujuan untuk menyebabkan pertelagahan agama tetapi hanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen kepada sebuah persoalan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng tentang mengapa Ibrahim belum didakwa atas tuduhan menghasut.
Malaysian Insider melaporkan bahawa Lim telah meminta Perdana Menteri menjelaskan mengapa Ibrahim tidak didakwa kerana menyeru umat Islam untuk membakar Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan "Allah" dan perkataan Arab lain.
Seruan Ibrahim pada Januari tahun lepas mendorong kemarahan daripada ahli-ahli politik dan kumpulan-kumpulan Kristian, dengan pengkritik menuduh Putrajaya mengamalkan layanan berbeza dalam menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik, sambil melepaskan Ibrahim berikutan kenyataan beliau.
Lim juga bertanya mengapa Akta Hasutan masih digunakan walaupun kerajaan telah berjanji untuk memansuhkannya pada tahun 2012, dan mahu tahu bila ia akan dimansuhkan, dan juga sama ada ia tidak akan dimansuhkan.
Dalam jawapannya, Nancy merujuk kepada kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri pada 12 September bahawa rundingan penuh akan diadakan sebelum kerajaan memutuskan sama ada untuk memansuhkan undang-undang era penjajah itu ataupun tidak. Dalam erti kata lain, kerajaan BN sedang berdolak-dalik selepas membuat janji-janji yang ia enggan penuhi.
Mengenai jumlah kes di mahkamah di bawah Akta itu, beliau berkata terdapat sebuah kes dalam setiap tahun pada 2009 dan 2011, lapan pada tahun 2013 dan 12 dari Januari hingga September 2014.
Tiada kes pada tahun 2010 dan 2012, katanya.
Dan Nancy seolah-olah terpaksa menanggung beban kebodohan diskriminasi dan penggunaan undang-undang "berat sebelah" kerajaan, demi agenda politik yang sangat mencurigakan.  
Jelas sekali, terdapat terlalu banyak kes untuk menyokong dakwaan bahawa undang-undang itu kini digunakan untuk menganiaya dan mendakwa lawan politik, dan perbezaan pendapat awam.
Pada 7 Oktober, agensi berita nasional Bernama memetik Nancy sebagai berkata yang kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati bersalah melakukan tindakan hasutan.
Beliau berkata keputusan untuk merujuk dakwaan ke atas mana-mana individu adalah berdasarkan kepada kenyataan dan fakta-fakta kes itu, dan tidak berdasarkan kepada tekanan daripada mana-mana kumpulan atau faktor-faktor lain.
"Kerajaan tidak mengambil kira latar belakang agama atau perkauman atau kecenderungan politik individu berkenaan selagi ada unsur hasutan dalam kesalahan yang dilakukan," katanya kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).
Bung Moktar telah mencadangkan supaya kerajaan menggubal dan mengukuhkan Akta Hasutan 1948 untuk membasmi individu-individu yang mempunyai agenda dengan unsur-unsur hasutan yang bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan, keharmonian dan mengancam keselamatan negara.
Nancy, turun sahaja ke jalanan dan tanya sama ada rakyat Malaysia benar-benar percaya apa yang anda katakan.
Dan sekarang anda mahu rakyat Malaysia mempercayai bahawa undang-undang ini adil, apabila menganjurkan protes kasar di jalanan dan mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP bukan merupakan suatu kesalahan?
Jika gerombolan lain menganjurkan bantahan kasar di hadapan ibu pejabat Umno dan mengancam untuk membakar bangunan itu, adakah ianya juga bukan suatu kesalahan?
Ya, kami bodoh kerana mempercayai apa yang anda katakan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa