Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 6, 2015

Cerita Belit MIC

Saya terima arahan Palanivel dan isteri, kata bekas bendahari MIC
Published: 6 January 2015
Bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Datuk R Ramanan bercakap dengan wartawan semasa sidang media keduanya di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 6 Januari, 2015.

Bekas bendahari agung MIC mendakwa, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel tidak bertindak bersendirian dalam memimpin parti itu, tetapi turut diikuti isterinya Datin Seri Kanagam.
Datuk R Ramanan, yang juga bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkata, lebih banyak bukti dan pendedahan akan dilakukannya selepas ini mengenai dakwaan yang dilemparkannya itu.
"Kesetiaan saya membuta tuli. Apa juga arahan yang diberikan, saya lakukannya," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat MIC hari ini.
"Saya menerima arahan daripada dua pihak – presiden dan 'suaminya'," katanya dengan nada sinis.
Ramanan turut mempersoalkan kehadiran Kanagam dalam pemilihan MIC tahun lalu yang mengundang pelbagai tanda tanya.
Katanya, pihak yang berkaitan dengan Kanagam turut berada di dalam bilik itu setelah dipilih sebagai agen mengira undi.
"Apa yang dibuatnya di bangunan pemilihan? Bagaimana dia mendapat pas masuk ke bilik itu dan mengira undi?
"Soalan itu harus diajukan kepada Palanivel yang merupakan pengerusi pemilihan," katanya.
Beliau turut mendakwa Kanagam mengedarkan senarai nama pilihan presiden kepada perwakilan.
Katanya, peti undi juga tidak berada di Ibu Pejabat MIC pada hari sebelumnya, tetapi dikawal Senator V Subramaniam.
"Saya tanya mereka, dari mana senarai ini datang, mereka menjawab dari Kanagam," katanya.
Ramanan, Tan Sri Dr KS Nijhar dan Datuk KS Balakrishan pada 3 Januari dikeluarkan pimpinan parti dari menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC.
Tempat mereka diambil alih Pengerusi MIC Pulau Pinang Karuppanan Malairaja, Pengerusi MIC Kedah Datuk Ganesan Subramaniam dan Pengerusi MIC Bahagian Kapar, Ganesan Thankaveloo.
Ramanan sebelum ini berkata, beliau percaya keputusan itu dibuat kerana kelantangannya mendesak parti mengadakan pemilihan semula sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah dengan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pada 5 Disember 2014, RoS mengisytiharkan pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC serta beberapa pemilihan bahagian sebagai tidak sah kerana terdapat penyelewengan dan menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung tahunannya sehingga isu itu diselesaikan.
ROS juga mengarahkan supaya pemilihan semula bagi jawatan berkenaan diadakan dalam tempoh 90 hari. – 6 Januari, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa