Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 6, 2015

PAS gabung UMNO: Korang Tengok Siapa Yang Menyokong?

Lagi sokongan untuk PAS gabung UMNO
January 6, 2015
Veteran sambut baik saranan perpaduan kedua-dua parti tersebut demi kepentingan bangsa dan agama
UMNO PASKUALA LUMPUR 5 Jan. – Veteran UMNO menyokong penuh sebarang usaha yang dapat menyatukan parti itu dan PAS bagi membangunkan semula Kelantan setelah negeri tersebut mengalami kemusnahan teruk akibat bencana banjir.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapa Yaakub berkata, penyatuan antara kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu sudah sekian lama diimpikan seluruh rakyat demi melihat kepentingan agama dan bangsa terus terbela.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, usaha bagi menyatukan dua parti yang telah sekian lama bertelagah itu bukan perkara mudah namun bukan mustahil dengan syarat semua pihak terlibat mengetepikan ego politik masing-masing, lapor Utusan Online.
“Semoga musibah banjir ini membawa rahmat kepada Melayu dan penduduk Kelantan. Lupakan ego masing-masing kerana keutamaan ialah membangunkan semula Kelantan khususnya kawasan yang terjejas teruk akibat bencana banjir.
“Tapi ini bukan perkara senang kerana pasti ada ‘si kitol’ dalam UMNO dan PAS yang tidak mahu perkara ini berlaku tetapi veteran yakin ia boleh dijayakan jika ada keikhlasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas seranan pelbagai pihak termasuk oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki, yang mahu kedua-dua parti terbabit bersatu bagi merancang pembangunan semula Kelantan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, saranan perpaduan itu perlu disahut oleh kedua-dua pihak kerana gesaan berkenaan lahir dari suara rakyat.
Katanya, jika UMNO selaku peneraju kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri PAS Kelantan bertelagah, yang menjadi mangsa adalah rakyat Kelantan kerana ramai penduduk kini kehilangan harta benda akibat banjir khususnya rumah.
Pada masa yang sama, beliau turut menyeru agar penempatan baharu di kawasaan yang lebih tinggi dibina segera walau apa pun cabarannya kerana jika dibiar berterusan, pelbagai kesan negatif akan melanda negeri Kelantan.
“Usaha membangunkan semula penempatan ini melibatkan kos yang tidak sedikit dan hanya boleh dilaksanakan dengan kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri tapi jika masih mahu bertelagah rakyat akan menjadi mangsa,” katanya. - sumber

4 comments:

  1. apapun royalti minyak yang HAK kelantan wajib didahulukan ! gabung tak payah cakap pasal parti sekutu apco karat biru selalu main belakang atau tikam kawan, ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  2. Jangan seperti pepatah, yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.Dikhuatiri nanti nasi dah basi, kalau nasi menjadi bubur boleh dimakan lagi.Ujian yang perit apabila disaat susah dan sakit.Kesusahan dijanjikan dengan harta benda cukup mengembirakan.Pabila sakit menderita sekian lama, sebut saja bomoh mana, bingkas menuju menapak menemui bomoh yang disebutkan itu.Pandai tak semestinya melambangkan ketajaman dan kecerdikan akal fikiran.

    ReplyDelete
  3. Setuju.....umno tak layak digabungkan dengan PAS. Gabungkann kontol dr zuhdi dgn jambul rosmah sudahlah. Ikat elok elok jgn bg putus.

    ReplyDelete
  4. Bebudak bahalol mesti mau ber sama.

    Susah jugak nak kawan dgn PKR dan DAP yang professional tidak giler nafsu dan dunia.

    Kopiah mesti pakai....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa