Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 6, 2015

Surat kepada FBI: Berbentuk pengkhianatan kepada keselamatan negara - Perkasa

Perkasa mahu penjelasan surat kepada FBI
PUBLISHED: Jan 6, 2015 11:34am
Paul Phua ditahan tanpa ikat jamin di Amerika Syarikat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan kongsi gelap antarabangsa serta jenayah perjudian

KUALA LUMPUR, 6 Januari:

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membabitkan isu Paul Phua yang didakwa mungkin mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa, Azrul Akmal Saharudin merujuk kepada surat Zahid Hamidi yang meminta FBI melepaskan Paul yang ditahan tanpa ikat jamin di Amerika Syarikat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan kongsi gelap antarabangsa serta jenayah perjudian.
“Perkasa difahamkan daripada butiran dalam surat itu yang telah tersebar meluas di media sosial, ia boleh dikategorikan sebagai suatu sokongan kepada Paul Phua daripada Menteri Dalam Negeri.
“Zahid seperti menggambarkan bahawa Paul Phua seorang yang baik kerana kerap menolong kerajaan Malaysia walaupun beberapa kali dia ditahan atas dakwaan terbabit di dalam sindiket perjudian antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, satu frasa dalam surat berkenaan menyebut ‘as much we are eager for him to return to Malaysia’ seperti memperlihatkan Zahid mahu menggunakan pendekatan diplomatik untuk membebaskan Paul.
Katanya timbul juga persoalan adakah Zahid berbuat sedemikian kerana mendapat ganjaran seperti yang pernah diungkapkan oleh Naib Presiden Perkasa, Tan Sri Rashid.
“Kita sedia maklum jenayah melibatkan perjudian ini habuannya besar. Jika di Malaysia sahaja, keuntungan bulanan bagi pengusaha mesin judi haram ini mencecah jutaan ringgit sehari.
“Jika ini benar, Perkasa berpendirian ia adalah suatu tindakan berbentuk pengkhianatan kepada keselamatan negara. Persoalan yang timbul hasil daripada apa yang difahamkan, adakah Zahid sudah hilang integritinya sehingga sanggup menulis surat sokongan untuk melepaskan penjenayah yang didakwa di luar negara?” katanya.
Malah katanya, jika hal itu benar maka ia suatu perbuatan yang jijik kerana melibatkan unsur penyalahgunaan kuasa.
“Perkara ini lebih besar kerana ia melibatkan unsur salah guna kuasa serta mempunyai unsur rasuah dan yang paling jijik sekali, kedua-dua unsur ini digunakan untuk melepaskan seorang penjenayah yang berpotensi menjadi ancaman kepada negara.
“Jika inilah sifat seorang Menteri Dalam Negeri yang berkompromi dalam hal yang melibatkan keselamatan negara, maka tidak hairanlah baru-baru ini terlalu banyak anasir jahat yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara,” katanya.
Dia berkata, pelbagai soalan telah timbul dan perlukan penjelasan daripada Zahid untuk merungkainya.
“Perkasa ingin mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, adakah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dimaklumkan terlebih dahulu sebelum surat ini dihantar kepada FBI?
“Adakah Zahid merujuk serta mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum menulis surat ini kepada FBI?” katanya. - sumber

1 comment:

  1. Sudah maksn kenyang tak mungkin nak muntah balik.

    Ini common sense lah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa