Namun katanya kononnya dia ikhlas dan yakin tapi kenapa harus mencaci dan mengeji Anwar berterusan?
Nampak sangat dia ni ada dendam peribadi......
Bukankah itu terbit dari hati yang resah dan gelisah serta serta penuh kesumat?
Siapa yang bodoh, dungu dan cacat akal sebenarnya?
Korang tak percaya tanya pakar psikologi dan jiwa manusia yang dalam keadaan begitu
Kedua-duanya Anwar dan Shafee sedang berada di dalam neraka dunia....
satu di dalam penjara dan yang satu lagi meracau macam orang gila! Bukankah susah hati, dicaci dan dikeji masyarakat itu sudah dikira neraka dunia?
Atau nak tunggu kudung kaki macam arwah Khalid Jefri baru dikatakan neraka?
Tahukah dia bersumpah adalah amalan Khuraisy jahilliah?
Shafee percaya Anwar bersalah, berani sumpah di Mekah
Published: 15 February 2015 11:19 AM
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dianiaya dan tidak bersalah dengan mengatakan beliau berani bersumpah di tanah suci Mekah yang ketua pembangkang itu memang bersalah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2015.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau percaya ketua pembangkang itu sememangnya bersalah.
Bercakap dalam satu temubual eksklusif dengan Mingguan Malaysia, beliau yang mengetuai pendakwaan kes tersebut menafikan menganiayai Anwar semasa mengemukakan petisyen rayuan supaya Ketua Umum PKR itu disabitkan hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan 3 tahun lalu.
"Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.
"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah," katanya dipetik akhbar milik Umno itu hari ini.
Shafee berkata demikian menjawab pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya “orang jahat” seperti yang didakwa beliau sendiri semasa di dalam mahkamah.
Kes Liwat II melibatkan Anwar yang bermula sejak 2008 menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara.
Shafee berkata, beliau langsung tidak ada isu peribadi dengan Anwar dan hanya melaksanakan tugas yang diberikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Katanya, beliau tidak akan mengambil kes itu jika percaya Anwar dianiaya pihak tertentu.
"Tetapi saya percaya apabila saya lihat rekod rayuan tersebut. Hari pertama saya dapat (rekod rayuan), saya sudah baca sampai pagi sebab saya hendak tahu dengan jelas.
"Tidak ada langsung keraguan bagi saya yang Anwar bersalah. Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dan sebab asas hanyalah berkenaan dengan beg plastik," katanya.
Beliau juga berkata, Anwar sepatutnya berterima kasih kepada Gani kerana mendakwanya dibawah Seksyen 377B, dan bukannya 377C yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun serta rotan.
"Orang lebih 50 tahun tidak boleh dirotan, kecuali kes 377C sebab kes itu serius.
"Mungkin sebab itu Peguam Negara tidak mahu kontroversi sangat, sebab Anwar sudah berumur dekat 70 tahun.
"Dia patut berterima kasih kepada Peguam Negara," katanya.
Shafee juga mencadangkan Gani mengambil tindakan terhadap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga kerana mengaitkan insitusi kehakiman dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, Ambiga sepatutnya didakwa menghina mahkamah kerana menyabitkan mahkamah seolah-olah terlibat dalam sebahagian langkah BN mahu memenjarakan Anwar.
"Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. Kalau perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," katanya.
Ambiga pada 13 Februari dilaporkan berkata, Shafee mengeluarkan kenyataan menghina terhadap Anwar dan beliau terkejut kerana tiada peguam negara atau timbalan pendakwa raya membuat kenyataan seperti itu selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.
Responsnya dibuat terhadap Shafee yang mengeluarkan kenyataan 20 perenggan kepada media, mengkritik ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana memberi kenyataan dari kandang tertuduh, dan tidak mahu duduk di kandang saksi untuk disoal balas seperti Saiful.
Mengulas lanjut, Shafee berkata, Anwar penakut dan cuba menyembunyikan perkara sebenar apabila hanya beri keterangan dari kandang tertuduh.
"Selalunya keterangan dari 'dock' ini, orang-orang yang lemah fikiran dan otaknya tidak pandai. Mungkin orang terlalu muda atau ada cacat sedikit cara pemikirannya.
"Anwar bukan sebegitu. Anwar cakap lancar, bijak fikiran dan orang yang petah. Pasal apa dia tidak masuk dalam kandang saksi?
"Walhal subjek, Saiful ini, 7 hari disoal balas dan Saiful sekali pun tidak tersilap dari segi beri keterangan. Jadi, mahkamah jelas. Anwar main sandiwara banyak sangat," katanya. – 15 Februari, 2015. - sumber
Adakah dia lihat dengan mata sendiri kejadian itu?Ataukah dia dengar dengan telinga,Ataukah dia merekacipta,adakah memang sengaja mereka cerita,benarkah dia sanggup bersumpah di masjid atau di makkah,sebenarnya dia sendiri yang tidak tidur malam dan sering darasuk oleh fikiranya yang tak tenang.malam takdapat tidur ,siang dia mercau,tunggulah tak lama lagi lihatlah apa yang akan dirasai dalah jiwanya,Allah akan balas orang suka memfinah.
ReplyDeleteSokong Shafei buat ikrar lafaz sumpah. Kalu Shafei sumpah, pasti berbondong-bondong orang PAS join masuk hUMNO. Cuma.. kalau buleh, untuk siaran visual (klip vedio) yang bakal dimuat naik nanti biar lebih realistik dari visual Saiful sumpah depan Kaabah dulu. Lagi, saya yakin kalo Shafei sumpah, dalam masa terdekat beliau buleh dapat TUN
ReplyDeleteTunggu & lihat lah apa terjdi lps ni. Masih ingat kah lagi apa yg terjadi kt Mokhtar Abdullah & Augustine Paul. Masih tak ambik iktibar lagi. Nk kena batang idung sdri baru tahu langit tinggi rendah. Saper benar saper salah.
ReplyDeletePiee ini tak lebih dari Hindu Paria sahaja. Bukan setakat bersumpah di Mekah malah di atas Kaabah sekalipun beliau berani kerana dia ni bukannya wujud atas dasar agama Islam pun.........
ReplyDeleteYa Peeiii.... ada rasa panas bagai di panggang di atas api? Hati tak senang? Rasa nak menjerit? Itu petanda kau nak jadi loyar gila.... esok-esok rakyat boleh lihat kau berhujah sorang-sorang di tepi jalan mempertahan buntut syaifool.
ReplyDeleteSaya sokong Anwar buat sumpah dia tak meliwat dan saya masih menunggu....
ReplyDeleteAlamak dia kat court hari tu pun dia tak nak angkat sumpah untuk di soal balas...
Keduanya dalam menyebut musibah Mokhtar dan Augustine suka saya ingatkan orang lain pun boleh menyebut musibah penyokong Anwar kalau mahu.
PROSTAT KANSER ialah KANSER KERANDUT Zakar atau Kanser buah zakar.
Mengulangi ANon 6:06 15 Feb 2105 -
"Masih tak ambik iktibar lagi. Nk kena batang idung sdri baru tahu langit tinggi rendah. Saper benar saper salah."
Pengajarannya :- lain kali jangan cakap "Anwar ni Budak Cerdik" kan dah kena cancer buah zakar tahap 4....
Sapa yang faham tu faham la. Saya tak sampai hati nak sebut nama.
Kalau dia bersumpah kau boleh buat apa? Ada kuasa pengampunan seperti YDA?
DeleteArwah sudah meninggal kau masih perburukan dia... kalau hidup boleh kau minta maaf... ini dia sudah tak ada, tanggunglah hingga ke akhirat.
Kita lihatkan bagaimana kemenangan yg batil tidak tenangkan hati dan kehidupan dia. Apabila ramai pihak yg mempertikaikan kes liwat 2 dia jadi gelabah dan sampai nak bersumpah sumpah lg...kat depan Kaabah lagi. Itulah peringatan kpd sesiapa yg sewaktu dgnnyer.
ReplyDeleteAllah SWT sudah mula tunjuk binasa ke atas lahanat lahanat aniaya Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteKita tunggu dan lihat.
Kawan aku orang beragama hindu, katanya dia bermati-matian tidak akan percaya pd sumpah Shafee, jika Shafee hanya setakat bersumpah di depan Kaabah, di dalamnya ataupun di atasnya. Katanya dia hanya akan percaya jika Shafee bersumpah di depan patung besar di Batu Caves kemudian mandi di Sungai Ganges diikuti dgn mengusung kavadi dgn lidahnya dicucuk besi tajam tidak kurang 2.5 meter panjang tembus pipi serta berjalan di atas bara api.
ReplyDeleteItulah jika tidak dapat meyakinkan khalayak bahawa tiada keraguan munasabah untuk mensabitkan kesalahan tertuduh, orang beragama hindu (kaum india sama spesis Shafee juga) pun tidak percaya. Kalau Shafee nak yakinkan orang islam mungkin boleh dgn bersumpah di depan Kaabah, bagaimana caranya untuk meyakinkan orang beragama hindu pula? Sanggupkah dia melakukan perkara disebutkan beliau tadi? Itu belum lagi termasuk untuk meyakinkan orang beragama budha, kristian dan lain-lain agama.