Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 13, 2015

Pemergian TGNA: Ini reaksi TPM

Nik Aziz tokoh politik bijaksana, kata Muhyiddin
Published: 13 February 2015 1:37 PM
Imbas pertemuan Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin bersama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada September tahun lalu di Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2015.

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh politik yang cukup bijaksana dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua, kata Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin.
Beliau berkata sikap kesederhanaan Allahyarham disanjung semua pihak, bukan sahaja dalam peranannya sebagai seorang tokoh politik, tapi juga sebagai tokoh agama yang banyak berjasa.
"Kita ketepikan soal politik, atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam...semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Dengan Rakyat di Dewan Suarah Bau di Bau, hari ini.
"Kita juga ucapkan takziah dan sama-sama berharap agar keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi ujian Allah ini," tambahnya.
Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu Kelantan, pada 9.40 malam tadi. – Bernama, 13 Februari, 2015.

4 comments:

  1. Topgun2 dlm UMNO boleh mengakui, menyanjung dan mengiktiraf aruah TGNA dgn peransangka baik2 tapi mamat2 tempelan yg peranan menyebuk dlm UMNO utk dpt sedikit habuan buat menyara hidup umpama melukut ditepi gantang spt Ibrahim Ali, Zainuddin Maidin, bloger Taipingmali etc. tergamak mencaci cerca TGNA dihari akhir hayatnya.

    ReplyDelete
  2. Antara yang paling menarik dan menjadi kemuncak ialah apabila dia mendoakan agar Najib pecah perut. Dan para pengikutnya pun mengaminkan doanya beramai-ramai. Tidak lama kemudian, mulutnya berdarah dan dia dimasukkan ke hospital.

    ReplyDelete
  3. Terbaik dan bijak.

    Senang nak bagi semua happy ; ini baru politik.

    Ada beza antara Mohideen dengan Bye-jan.

    ReplyDelete
  4. dulu kata mcm2 dah mintak maaf belum?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa