Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 16, 2015

APCO masih di JPM?

Tugas Paul Stadlen di JPM bagi kesinambungan Apco?
03:00PM Feb 15
Hazlan Zakaria

KOMEN: Ketika Jabatan Perdana Menteri sering menumpukan perhatian kepada gambar-gambar Datuk Seri Najib Razak sedang berseronok, perlantikan perunding Paul Stadlen yang dipertanggungjawab bagi tugasan komunikasi menimbulkan persoalan lebih besar tentang peranan pakar perhubungan awam tersebut.


Stadlen pernah menerajui firma Perhubungan Awam antarabangsa di Kuala Lumpur Apco Worldwide sekitar 2009, di mana syarikat tersebut digaji Jabatan Perdana Menteri menggunakan wang kerajaan bagi meningkatkan profil Najib. 
Akhir tahun lalu, gambar Najib sedang berseronok dan membeli belah tersebar dan sekali lagi Perdana Menteri menjadi tumpuan masyarakat di Malaysia.
Ketika Apco dilantik menjadi perunding JPM, kedengaran pelbagai kisah tentang Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Ada kisah tentang kotak barang kemas milik kerabat diraja Saudi yang ditemui Rosmah di dalam kapal layar mewah sekembali dari bercuti dengan suami, sokongannya kepada pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan panggilan telepon kepada Presiden Barack Obama.
Apco menyumbang kepada kempen 1Malaysia laungan Najib, yang didakwa hampir sama dengan satu lagi slogan di sebuah negara lain.
Namun kisah Apco dan Stadlen isu lain. Persoalan hari ini ialah samada perlantikan Stadlen yang dibuat JPM merupakan kesinambungan peranan Apco Worldwide sebagai pengurus media dan perhubungan awam Najib 
JPM sering didakwa memiliki bahagian perhubungan media yang besar, malah ia dikatakan sebesar beberapa kementerian di Putrajaya.
Perlantikan perunding dan pegawai, serta agensi dan suruhanjaya lain menyebabkan bajet JPM begitu tinggi.
Adakah ianya bagi menutup perbelanjaan yang digunakan bagi mendapatkan khidmat Apco?
Semestinya perkara tersebut cuba disembunyikan daripada pandangan umum.
Khidmat Apco ditamatkan selepas mendapat tentangan awam, selepas ia didedahkan pakatan pembangkang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menggunakan perkataan “Umno Apco” yang menyebabkannya digantung dari menghadiri Sidang Parlimen.
Apco sebenarnya tidak secemerlang mana.
Mungkin Najib dikenali di luar negara, tetapi di tanahair sendiri, imej Najib sering dipertikai pakatan pembangkang.
Seperti laporan Semuta Harian sebelum ini, pasukan komunikasi JPM seakan pengganti Apco, tetapi ia menggunakan khidmat Stadlen. Hasilnya tidaklah segah mana.
Lihat kes kangkung dan e-colinya tahun lalu. Dan tidak lupa juga kenyataan yang dibuat ketika mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anwar tempuh hari.
Senario ini mirip usaha Amerika memulakan perang dengan pengganas menggunakan askar upahan Blackwater Inc.
Jumlah mereka didakwa lebih ramai daripada anggota tentera darat Amerika.
Mengapa agaknya JPM masih menggunakan tenaga luar seperti Stadlen?
Adakah ini satu lagi tanda amaran pentadbiran Najib bukan sekadar gagal mengurus kewangan negara, tetapi asyik cuba menutup mata rakyat dengan tektik kotor dan aneh.

1 comment:

  1. Yang lahanat pun Melayu Islam jugak , macam mana tak hancur bangsa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa