Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 14, 2015

Tak ada beban, batu sengaja digalas!

Chong Eng? Apa masalahnya
February 14, 2015
Apakah dia tahu dan faham perkara yang disentuh dan dikritiknya?
Oleh Bujang Paloi
chongMemang keprihatinan Ketua Wanita DAP ini wajar dipuji, lantaran sikap rentas agama dan sempadan negeri, tetapi nampaknya dia berbicara di luar keperluan, bukan kepentingan, malah memperlihatkan kejahilan.
Persoalannya, apa, kenapa dan mengapa? Ya, ini sebahagian daripada hak dan kebebasan bersuara, tetapi kita hidup bukan untuk menyukat langit. Akan ada had dan batas-batasnya.
Apakah dia tahu dan faham perkara yang disentuh dan dikritiknya?
Dalam satu kenyataan pada 9 Februari lalu dia dilaporkan mengkritik JAIS atas dakwaan menyampaikan maklumat mengelirukan dalam khutbah Jumaat pada 6 Februari yang bertajuk, Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.
Dakwanya, penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat ‘menghukum’ golongan tersebut atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada kes serangan seksual.
Perlu dinyatakan bawa menutup aurat merupakan perkara wajib. Ia tuntutan dalam Islam. Dan yang dia kritik ialah sesuatu yang terkandung dalam Al-Quran. Tidak ada pertikaian mengenainya.
Ia adalah larangan dan perintah sekaligus. Larangan mendedahkan aurat dan perintah menutup aurat. Jadi apakah yang mahu dipersoalkan oleh Chong Eng dan kenapa begitu beriya-iya mencampuri urusan Islam.
Jika ada golongan wanita Islam yang tidak menutup aurat atau pakai ”pakaian tak cukup kain” itu tanggungjawab dirinya. Dia, bapa, suami atau saudara lelakinya yang akan menjawabnya kelak.
Harapnya, Exco Pulau Pinang ini tidak mendapat taraf atau kelayakan ustazah ekspres untuk mengeluarkan hukum dan fatwa.
Maka, sebelum berkata atau memperkatakan sesuatu, lebih lagi perkara yang tidak diarifi sedalam dan sefaham mungkin, elok kiranya membuat rujukan dan bertanya. Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ada. Mufti pun ada. Rasanya mereka tidak cetek pengetahuan untuk memberi penjelasan sebaik-baik keterangan..
Bukan apa, sebab kalau cakap salah atau tak betul, jadilah macam sekarang. Jadi kontroversi.
Sekadar pertanyaan juga, mengapa JAIS diserang kerana khutbahnya menasihatkan orang Islam agar mematuhi perintah Allah sekaligus menjaga dan memelihara kehormatan khususnya golongan wanita? Malah khutbah ini tidak sentuh pun hak orang bukan Islam.
Jika orang Islam pun tidak boleh mengkritik atau mempersoalkan hukum Allah. Jadi apakah disebabkan dia bukan Islam, maka layak mengkritik.
Sekali lagi, siapa Chong Eng yang sibuk masuk campur dalam hal ehwal agama Islam?
Atau sengaja mencetuskan provokasi dan gimik publisiti murahan kerana tahu tidak ada tindakan keras akan dikenakan terhadap perbuatannya.
Tak ada beban, batu sengaja digalaslah, Chong Eng ini.

1 comment:

  1. Mereka mereka ini hanya kekurangan hidayah saja , dengan sedikit hidayah cukup menjadi umat lebih baik dari islam keturunan melayu yang ikut ikut bah...

    Ini masa nya mendidik mempromosi agama Islsm dengan cara professional buksn kopiah serban otak benggap.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa