Tanak tanding di PRK Chempaka hanya semata-mata nak jaga hati PAS rupanya
Dari apa yang KJ kata memberi makna kerjasama di antara dua parti sedang berjalan
Namun bentuk kerjasama dari segi pemulihan banjir atau mungkin pemulihan banjir hanya sebagai jalan rintis?
Apa pun kita tengoklah dulu....jangan tuduh melulu
KJ: Tanding di K'tan mungkin ganggu kerjasama
mk - 4:10PM - 15 Feb 2015
Pemuda Umno berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak perlu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bagi memberi fokus kepada proses pemulihan banjir di kawasan Kelantan Selatan dan Kelantan Tengah.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata proses pasca banjir memerlukan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, dan sekiranya BN bertanding di kawasan DUN Chempaka, ia mungkin akan mengganggu proses kerjasama itu.
Khairy berkata demikian selepas menghadiri karnival 'Walk-A-Run' yang dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Lama Kolej Tunku Kurshiah, yang dirasmikan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Pusat Sukan Air, di Putrajaya hari ini.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berpendapat BN tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir.
Mengenai karnival itu, Khairy berkata ia adalah satu usaha mengumpul dana bagi memulihkan padang Kolej Tunku Kurshiah di Bandar Enstek.
Terdahulu, Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah Tan Sri Dr Rafiah Salim berkata kolej itu memerlukan RM500,000 bagi membaiki pulih padang itu bagi menjalankan aktiviti Hari Sukan.
Dah muak dan bosan dgn citer puak2 UG utk bergabung dgn UMNO. Bagi ajalah dia org bergabung tuk puaskan hati mereka. Tengok camna dan padan dgn muka2 Ustaz2 bila terkena nanti.
ReplyDeleteDepa nak bergabung dgn UMNO bukan masaalah. Bergabunglah secara peribadi. Tiada sesiapa melarang. Mereka tidak boleh bawa PAS untuk bergabung dgn UMNO sebab PAS bukan harta peribadi mereka. PAS adalah milek ahli PAS yang jauh lebih ramai dari puak ulamak UG yang kepala utamanya ( barisan pemimpin) beberapa kerat.
DeletePAS yang dimileki oleh ahli PAS ada tatacara kelola bila nak buat sesuatu. Semua tindakan pemimpin parti yang dibuat atas nama parti kena mengikut tatacara ini. Tatacara ini di namakan perlembagaan PAS.
0emimpin UG yang berada di saf kepimpinan PAS Pusat yang di pilih melalui Muktamar atau yang dilantik semuanya mengikut perlembagaan PAS. Macamana bila dipilih atau dilantik mengikut perlembagaan tetapi bertindak tidak m3ngikut perlembagaan PAS. Yang mereka boleh arah itu arah ini itu kerana kuasa yang diberi oleh perlembagaan PAS...jadi ulamak UG keja sedar skit....jgn bertindak di luar batas perlembagaan, ikut kepala sendiri je.
Benor..
ReplyDeleteJika benar BN ikhlas hendak membantu mangsa banjir secara total dan padu, maka gerakkan segala keupayaan kearah itu, lupakan PRK Permatang Pauh juga. Sebenarnya UMNO tidak mampu untuk mendapatkan kerusi DUN Chempaka pd masa yg sama hendak memberikan tumpuan 100% pd PRK Permatang Pauh. Kita sudah masak dgn mainan politik kotor UMNO dulu, kini dan selamanya. SPR juga dipercayai menjadi mastermind di sebalik semua ini. ABU.
ReplyDelete