Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 14, 2015

Ibarat kehilangan sebutir bintang dari langit

Pemergian Tok Guru ibarat kehilangan sebutir bintang dari langit
09:30PM Feb 13
Alyaa Alhadjri
KOTA BHARU: "Dia bakal mewarisi...InsyaAllah," bisik seorang anak gadis kepada rakannya.
Kedua-dua anak remaja ini memakai pakaian seragam sekolah tinggi agama – pilihan popular kepada ramai pelajar-pelajar di Kelantan.
"Kita dok buleh gi sana...Sumo laki," dia berkata, merenung dalam rasa kagum kepada Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh, anak lelaki kelima mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abduh sedang berdoa di kubur bapanya di tapak perkuburan Islam Pulau Melaka, di penghujung jalan rumah bekas Menteri Besar Kelantan itu.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan semasa waktu yang sukar ini. Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan anggota Kabinetnya, yang datang memberi penghormatan terakhir.
"Syukur Alhamdulillah segala-galanya telah berjalan dengan baik," katanya.
Malam tadi, Nik Abduh mengesahkan melalui laman Facebooknya bahawa bapanya telah meninggal dunia pada jam 09:40 malam, selepas bertarung dengan kanser prostat selama berbulan.
"Para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang. Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah," kata Nik Abduh.
Sejak malam tadi, ribuan penyokong telah berkumpul di rumah keluarga di sini dan jumlahnya terus berkembang semasa pengurusan jenazah dan solat jenazah telah dijalankan di masjid sebelah, ‘Masjid Tok Guru’.
Solat itu diimamkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga disertai oleh Najib.
"Kita panggil dia Tok Guru jah (Kami hanya memanggilnya Tok Guru)," seorang lelaki lain telah didengari berkata, merujuk kepada kebanjiran pengunjung dari luar Kelantan yang memanggil Nik Aziz menggunakan pangkat penuh rasminya.
Selain mengajar kelas-kelas agama dan menyampaikan khutbah, Nik Aziz juga mengetuai solat subuh setiap hari di masjid beliau.
Dilahirkan di Kelantan pada tahun 1931, Nik Aziz mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang merupakan seorang guru agama. 
Beliau belajar di Darul Uloom Deoband University di India, sebelum menuntut Al-Quran di Pakistan. Beliau juga memperolehi ijazah dalam pengajian Bahasa Arab dan juga sarjana seni dalam undang-undang Islam dari Universiti Al-Azhar di Mesir.
Nik Aziz pertama kali diundi ke Parlimen pada tahun 1967, dan mengetuai PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1990, menjawat jawatan menteri besar di negeri ini, jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sebelum bersara pada tahun 2013.
Ulama berusia 84-tahun itu pastinya akan diingati kerana sifat rendah diri dan gaya hidup sederhananya, imej yang berkemungkinan kekal selepas pemergian beliau.
"Sempoi je kubur dia," kata seorang anggota polis yang berdiri memerhatikan orang ramai, menerangkan kubur beliau yang hanya ditandai oleh dua pokok.
Batu nesan yang bertulis hanya akan diletakkan kemudiannya.
Walaupun selepas beliau meletak jawatan sebagai menteri besar kerana kurang sihat, Nik Aziz masih mempunyai pengaruh besar dalam PAS dan Pakatan Rakyat, suatu hakikat yang diketahui oleh hampir kesemua orang.
Beliau begitu berpengaruh sehingga beliau diketahui menjadi daya penggerak yang memperjuangkan supaya PAS kekal dalam Pakatan Rakyat, walaupun puak konservatif parti Islam itu seolah-olah menentang idea tersebut.
Walaupun ramai yang membuat spekulasi bahawa pemergian Nik Aziz akan menandakan pengakhiran Pakatan, mungkin yang sebaliknya akan berlaku.
Kematiannya mungkin mengukuhkannya, sewaktu penyokong-penyokong setia ulama turut berkata yang mereka akan menghormati hasrat terakhirnya, supaya PAS kekal dalam Pakatan.
Bagaimanapun anaknya baru-baru ini mengecam bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain, tetapi juga rakan-rakannya sendiri yang dilihat memiliki pandangan yang lebih progresif.
Ketika ditemui selepas majlis pengebumian, Kak Ema berkata "bahawa mungkin benar" bahawa Nik Abduh akan mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya.
"Di kalangan adik-beradiknya, dia menonjol dari segi kelayakan agama dan kemahiran kepimpinan," katanya, sambil menambah bahawa mereka sekeluarga telah memandu dari Kuala Lumpur untuk memberi penghormatan terakhir mereka.
Agak jelas bahawa ada harapan yang tinggi untuk Nik Abduh mencontohi bapanya, bukan sahaja sebagai seorang ulama tetapi juga sebagai seorang ahli politik dan pemimpin untuk semua.
Untuk memetik bekas setiausaha akhbar Nik Aziz: "Kematian seorang ulama adalah seperti kehilangan sebutir bintang di langit. Dunia akan menjadi lebih gelap sewaktu lebih banyak daripada mereka malap."

1 comment:

  1. Arwah Nik Aziz adalah Ulamak datang dan pergi

    Bebanyak Ular-Semak datang dan tak nak pergi , gaya kopiah dan serban , jutaan jadi papa kedana.

    Bagai ayam dalam bangsal , keldai dalam jala

    Sedih kan ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa