Bekas pegawai TUDM itu mempunyai pengetahuan luas dalam bidang penerbangan.
KUALA LUMPUR : Bekas Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja baru-baru ini akan menjadi salah sorang saksi dalam kes saman keluarga mangsa keluarga pesawat MH370 ke atas kerajaan Malaysia.
Menurut peguam yang mewakili dua anak lelaki penumpang pesawat itu, Datuk Dr S. Arunan, Mejar Zaidi akan menjadi saksi di mahkamah kerana bekas pegawai TUDM itu mempunyai pengetahuan luas dalam bidang penerbangan.
“Mejar Zaidi akan menjadi salah sorang daripada lima orang saksi dalam kes saman ini.
“Hari ini kita hanya dedahkan seorang manakala empat lagi akan didedahkan kemudian,” katanya pada sidang media MH370 di ibu negara.
Arunan menambah, nama saksi, defenden dan plaintif akan dihantar ke mahkamah untuk pengurusan kes pada 17 Februari ini.
“Kita boleh dedahkan semua nama saksi pada hari ini tetapi kita ambil keputusan untuk dedahkan seorang sahaja buat masa sekarang,” katanya.
Pada 31 Oktober tahun lalu, dua anak kepada seorang penumpang pesawat MH370 memfailkan saman di Mahkamah Tinggi terhadap Kerajaan Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Malaysia Airlines
Saman itu difailkan mereka yang berusia 13 dan 11 tahun, melalui firma guaman Tetuan Rusmah Arunan & Associates.
Sementara itu, Mejar Zaidi berkata, matlamat utamanya menjadi saksi adalah bagi membantu keluarga mangsa mencari kebenaran.
“Saya secara sukarela bersetuju menjadi saksi. Saya ada tanggungjawab untuk tolong keluarga mangsa mencari jawapan kepada persoalan ini.
“Paling penting ia melibatkan aset kerajaan dan juga aset rakyat. Saya sebagai rakyat Malaysia prihatin terhadap isu ini,” katanya yang mempunyai 26 tahun pengalaman dalam bidang penerbangan.
Jelasnya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan beliau percaya perlu ada pihak yang harus bertanggungjawab dan dibawa ke muka pengadilan.
Alasan kehilangan pesawat yg di umumkan tak masuk akal langsung , mesti ada muslihat politik disebalik kehilangan mh370. Saman teruskan demi keadilan daripada konpirasi dan korupsi politik rakyat yg tak bersalah jadi mangsa yg durjana.
ReplyDelete