02:30PM Feb 15
oleh Wong Jie Mei
IMBAS KEMBALI SETAHUN LALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu menyaingi keputusan yang dibuat Peguam Negara di dalam merayu hukuman dijatuhkan ke atasnya, selepas dibebaskan mahkamah tinggi dahulu. Kini beliau bakal terpenjara buat tempuh lima tahun.
Tiada siapa yang mahu mahkamah membuat keputusan berdasarkan suara ramai, namun dengan keputusan dibuat tergesa-gesa pihak pendakwaraya kemudian membuat kenyataan keputusan tersebut bakal menamatkan kerjaya Anwar. Apa agaknya pendapat kami selaku peguam muda?
Kecuali semuanya “melampau keraguan”, yang sewajarnya menjadi amalan biasa di dalam undang-undang, Mahkamah Tinggi pada masa itu membuat keputusan berdasarkan hujah bahawa terdapat air mani pada dubur Saiful Bukhari. Tumpuan diberi terhadap saksi pakar dari kedua belah pihak, yang mengatakan sampel DNA mungkin telah tercemar, dan terdapat sampel DNA “Lelaki Y”.
Dalam kes sebegini, keraguan timbul bagi pihak defenden, dan beliau perlu dibebaskan.
Anwar didakwa bagi kesalahan kanun jenayah Seksyen 377B yang menyatakan hubungan seks luar tabii salah. Ia bukannya Sekysen 377C yang mana hubungan dibuat secara paksa.
Perlu dinyatakan, ianya mustahak bagi mengetahui samada seks luar tabii dilakukan secara paksa atau sebaliknya.
Dalam kes ini, defenden dibebani tanggungjawab, namun motif pendakwaraya dan kebolehan berfikir mereka perlu dipersoal.
Dalam kes pembunuhan Norita Samsuddin dan Chee Gaik Yap, kedua-duanya menghasilkan keputusan serupa kerana terdapat persamaan.
Bahagian sulit mangsa dicemari air mani pihak ketiga. Dan menurut logik undang-undang, keputusan tidak dapat dibuat dan defenden bebas. Bagaimanapun, apabila ia melibatkan ketua pembangkang, tafsiran bukti nampaknya berbeza.
Mahkamah tinggi seharusnya menggunakan kes ini bagi menghasilkan keputusan, di mana peranan badan kehakiman tidak hanya tertakluk kepada undang-undang semasa tetapi menjadi titik permulaan.
Keputusan perlu dibuat berdasarkan tafsiran dan aplikasi undang-undang bagi kes Norita dan Chee. Ini yang menyebabkan kes ke atas Anwar dipertikai.
Daripada dilihat selaku mangsa, kepada aksi bapa Saiful memohon maaf daripada Anwar sendiri dan kemudian berubah hati, nampak seperti keadaan dikawal sesuatu pihak, termasuk ke atas media.
Namun, pelbagai kes memerlukan penghujahan dan kita hanya dapat menyaksikan perbicaraan Anwar sahaja.
Falsafah Barat berkata: “Keadilan perlu dilaksanakan, dan dilihat terlaksana.” Tetapi dalam kes ini, ianya bagi mengelakkan Anwar bertanding di Kajang. Dengan segala kekaburan, cara DNA dikendali, kita semua mengharapkan Mahkamah Persekutuan memulihkan keyakinan terhadap perjalanan undang-undang.
Nampaknya kes ini menyebabkan ramai yang bersimpati terhadap Anwar, dan melihat kerajaan ini menyalahguna kuasa.
Ia menyebar budaya kemaluan depan dan belakang semata-mata. Ia hanya mahu menjadi penjahat sementara, tetapi harus ditumbangkan sama-sekali.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa