Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 15, 2015

Cerita Lapok!

'Najib tawar Anwar jadi TPM lepas PRU13'
10:53AM - 15 Feb 2015

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan kerusi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN selepas pembangkang meraih sokongan 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum 2013, dakwa anaknya

Nurul Izzah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan kedudukan itu dengan syarat ketua umum PKR itu tidak mempedulikan parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, kata Izzah, Anwar menolak tawaran itu bulat-bulat kerana Pakatan dibentuk atas dasar prinsip dan “tidak boleh dibeli atau dijual”.

Anwar pernah menjadi TPM semasa berada dalam BN, sebelum dipecat daripada jawatan itu oleh Tun Mahathir Mohamad, sebelum menghadapi pertuduhan rasuah dan liwat buat kali pertama.

Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR dan anggota parlimen Lembah Pantai membuat dakwaan itu dalam ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam ceramah itu.

4 comments:

  1. Anwar Ibrahim jenama besar dari Malaysia , nak buat apa jadi TPM....

    Kalau bagi India kat Anwar Ibrahim , boleh buat lebih besar dari China.

    Apa ada TPM atau PM sama macam Bijan , jika Anwar Ibrahim setanding Mandela dan Ghandhi...

    Anwar Inrahim saja anak Melayu Islam budak kampong yang paling di geruni oleh Mamak , Cina Singapore , Bangsawan dan orang orang bet akal Keldai dan Unta di tanahair ini.

    Anwar Ibrahim tidak perlu darjah Tun ; negara sendiri perlu ada darjah "Anwar Ibrahim".... bagai DAI bawa gelaran Anwar.

    Budak Bijan pakai gelaran Anwar Bijan Rosak bila pencen nampak mantap !!!!

    Kalau bukan Anwar Ibrahim sapa lagi pun ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo bukan nua brahim?Tuhan kita Allah la lagi kuat dari nua dan najib..Dia yg bagi kita makan minum,lapar kenyang,kaya miskin,napas x bernapas,cukup x cukup sume Dia yg bagi dan buat..kita berpolitik sehingga seolah2 berpaling dr Dia dan bagi fokus jiwa kat nua dan najib untuk tenggelam timbul hidup nasib kita tu wat pe bai oi..salah sendiri la..
      dah tentu2 najib dan nuar tu bukan sapa2 pun bai..langkah najib dan nua pun sama mcm langkah kita gak,xda beza 1 sen pun, langkah menuju kubur, cacing dan ulat tggu kat sana walahuaklam..bukan langkah menuju makin "hebat"..
      berpolitik kena bawak2 mengucap bai..(sama mcm tengok maharajalawak mega gak, mana buleh ketawa guling2,kena gak bawak mengucap)
      simpan2 sikit la bai oi...

      Delete
  2. Cerita Lapok.?? Tak pernah dengar pun..ni baru tau kisahnya Anwar ditawar jd TPM

    ReplyDelete
  3. tok janggut

    Mungkin saudara terlepas pandang.....cerita ni sudah diperkatakan tak lama selepas PRU13 dulu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa