Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 31, 2015

Sangat setuju tetapi..........

Kecuali perenggan 6 hingga sembilan........
Sedarkah Ku Li kedua-dua pengganti Mahathir adalah terdiri dari individu yang lemah dari kalangan UMNO?

Ku Li cadang adakan pilihan raya untuk pilih Perdana Menteri
Astro Awani |Kemas kini: Mei 30, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 30, 2015 13:16 MYT)

Ku Li cadang adakan pilihan raya untuk pilih Perdana Menteri
Ahli Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini mencadangkan jawatan perdana menteri dipilih secara terus melalui satu pilihan raya langsung. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mencadangkan jawatan perdana menteri dipilih secara terus melalui satu pilihan raya langsung dan bukan lagi seseorang yang dipilih dari dalam sebuah parti seperti yang dilakukan sehingga hari ini. 

Ahli Parlimen Gua Musang yang  dikenali sebagai Ku Li itu berkata sistem yang diwarisi hari ini dilihat kurang berkesan dan sudah tiba masa untuk melihat sistem pilihan raya lain yang bersesuaian dengan keadaan hari ini.

"Kita mungkin boleh ada perdana menteri yang dipilih secara terus dan bukan seorang yang diangkat parti," katanya dalam ucapan sewaktu merasmikan badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia) di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Petaling Jaya, pagi ini, laporThe Malaysian Insider.

"Kita mewarisi sistem ini daripada British dan sistem ini terbukti begitu berkesan untuk negara-negara lain.

"Namun, perkara yang sama tidak dapat dilihat di Malaysia. Mungkin sifat masyarakat kita menghalang kecekapan dan keberkesanan sistem itu dan menyebabkan kita menjadi malas," tambah beliau.

Sementara itu dalam sidang medianya, Ku Li turut berkata desakan perletakan jawatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memulihkan UMNO tidak akan dapat menyelesaikan masalah parti itu.

Beliau mengambil contoh tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan kuasa kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi terbukti tidak menyelesaikan masalah di dalam UMNO.

"Adakah ia akan menyelesaikan masalah? (Dahulu) dia (Tun Mahathir) turun pun tak selesaikan masalah."

Malah menurut beliau, kritikan Tun Mahathir ketika pentadbiran Tun Abdullah yang membawa kepada  pelepasan kuasa, turut memburukkan keadaan.

3 comments:

  1. Tau x paa. Pasai tu sistem british. xsadar diri.

    ReplyDelete
  2. UMNO akan jawab sistem Raja Berpelembangaan tidak membolehkan PM dipilih melaui satu pilihanraya langsung. Kalau DAP yang bercakap, DAP ingin menjadikan negara ini sebagai republik. Beberapa protes bantahan akan menjadikan se olah olah negara dalam huru-hara.

    Apa pun idea ini dah lapuk. Ku Li diam lagi baik.

    Kalau jadi, undian yang paling sedikit ialah Hj Hadi.

    ReplyDelete
  3. It's fantastic that you are getting thoughts from this paragraph as well as
    from our argument made at this time.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa