Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2016

Biasalah kan, masa hati berkenan........

'Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja' - Lokman Adam 
Wan Syamsul AmlyAstro Awani |  Februari 03, 2016 19:21 MYT
'Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja' - Lokman Adam
LOKMAN NOOR: Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta tidak mempercayai serangan siber pihak tertentu yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya mempunyai kelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata Ahmad Bashah merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebarang tuduhan mengenai tahap pendidikan adalah cubaan pembunuhan karakter semata-mata.

"Seperti yang diungkapkan oleh Ahmad Bashah sebelum ini yang mengakui pendidikannya tidak setinggi Mukhriz Mahathir, namun beliau sedar dengan kekurangannya dari segi itu.

"Bagaimanapun, pengalaman selama ini dalam kepimpinan parti dan kerajaan adalah kelebihan yang ada untuk menjaga kebajikan dan untung nasib rakyat Kedah.

Menurut Lokman Noor, tahap kelulusan tinggi semata-mata tidak menggambarkan kemampuan seseorang pemimpin mentadbir sebuah negeri.

"Dalam politik, seorang yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) seperti bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid juga gagal mentadbir sebuah negeri dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka dengan idea menanam padi atas bumbung. 

"Bagi saya, sifat kebapaan yang dimiliki Ahmad Bashah berjaya menyatukan UMNO Kedah sehingga dapat merampas Kedah semula dari tangan PAS sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lokman mengulas dakwaan beberapa pihak, terutama di laman sosial, yang menuduh Ahmad Bashah tidak layak menjadi Menteri Besar Kedah kerana taraf pendidikannya sekadar SRP.

Dalam pada itu, kata Lokman, pengumuman PM untuk melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar sedikit sebanyak telah memberikan lonjakan tambahan sokongan bagi Barisan Nasional (BN) Kedah.

"Namun tanpa gerak kerja tersusun BN di bawah Ahmad Bashah yang cukup berpengalaman, mustahil untuk BN merampas kembali Kedah.

"Tiada satu parti dalam dunia ini yang boleh menang pilihan raya hanya dengan membuat satu pengumuman tanpa melakukan apa-apa gerak kerja.

"Pengalaman ini yang wajar digunakan oleh UMNO Kedah sekarang bagi menghadapi PRU ke-14. Semua gerak kerja penerangan dan usaha mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap BN perlu dimulakan semula seberapa segera. 

"Berilah peluang kepada Ahmad Bashah untuk membuktikan kemampuannya mentadbir negeri Kedah walaupun dengan kekurangan latar belakang pendidikan," ujarnya.

Ahmad Bashah merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah dan ADUN Bakar Bata selama lima penggal sejak 1995.
Pada PRU ke-13 lalu, Ahmad Bashah menang dengan majoriti 895 undi mengatasi calon PKR Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) Jawahae Raja Abdul Wahid.

Pada Rabu, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mukhriz berkata dia dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

2 comments:

  1. Ahmad bashah akn bersih najis najib dgn putera arab... Skandal 2.6 billion akan beliau bersih kan... So maka percaya le rakyat kat bn.. Dekat mengundi bagi le apa saja yg rakyat nak.. Lepas tu sembelih le rakayt dgn gst dan serba serbi kenaikan.. Tu pun rakyat masih nak lupa ke?...

    ReplyDelete
  2. Sudah la man..jenis penjilat pemakan dedak..sblm org lain baik ampu dulu..ada mana tu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa