Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2016

Kenapa peluang Zaid berjaya adalah kecil?

'Peluang dakwa Najib tipis, umpama menang loteri'
 Kow Gah Chie - 
Peluang mahkamah mengheret Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tipis seperti memenangi hadiah pertama loteri, kata seorang peguam kanan.
"Ia seperti membeli tiket loteri dan berharap untuk menang hadiah utama (jackpot) bulan depan. Peluang yang sangat tipis," kata Yeoh Yang Poh, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Beliau mengulas peluang sekiranya mahkamah boleh membuat keputusan untuk memihak kepada bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, yang memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan Apandi untuk tidak mendakwa Najib berkaitan kes 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
"Peluang beliau (Zaid) berjaya? Ia adalah setipis memenangi hadiah utama loteri," kata Yeoh.
Bagaimanapun, beliau berkata Zaid mempunyai alasan untuk membawa Apandi ke mahkamah kerana undang-undang membenarkannya.
"Pada pandangan saya, (peguam negara) tidak mempunyai budi bicara mutlak. Kuasa budi bicara seperti itu perlu dilaksanakan dalam batasan undang-undang dan dilakukan secara rasional," kata Yeoh.
Beliau bagaimanapun berkata, bagaimana hakim mentafsirkan undang-undang dan undang-undang berkaitan akan menentukan sama ada permohonan (untuk semakan kehakiman) akan diterima oleh mahkamah.
"Sesetengah hakim adalah progresif manakala beberapa yang lain adalah konservatif. (Mereka boleh jadi) konservatif dalam banyak kes," katanya.
"Jika seorang hakim progresif, maka kemungkinan kes itu diterima (oleh mahkamah) adalah lebih tinggi. Jika hakim adalah konservatif, kemungkinan yang lebih kecil," kata Yeoh.
"Sebagai contoh, sebuah negara maju boleh membenarkan rakyatnya untuk mencabar perkara berkaitan dengan Perbendaharaan atas alasan bahawa rakyat adalah pembayar cukai," katanya.
Tetapi peluang Zaid berjaya dalam permohonannya adalah kecil, melihatkan kepada operasi mahkamah di sini, katanya. Beliau berkata Zaid boleh dicabar mengenai sama ada mempunyai lokus standi untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap AG.
Tambahan pula, katanya pihak yang lain mungkin berhujah bahawa AG mempunyai kuasa budi bicara mutlak seperti ditetapkan di bawah perlembagaan persekutuan. Maka, Zaid mungkin tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk mendengar permohonannya, kata Yeoh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa