Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 12, 2016

UMNO: Ramalan Kadir Jasin - video inside

UMNO hanya akan berubah bila kalah PRU

 | February 11, 2016
UMNO akan dapat dibaiki, malah dibina semula apabila parti itu kalah dan keseluruhan pemimpin di dalam parti itu dirombak.
kadir-jasin_umno_600KUALA LUMPUR: Hanya daripada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang UMNO akan bangkit menjadi parti Melayu yang lebih baik, tegas wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.
Namun pembinaan semula UMNO sebagai wahana Melayu yang ampuh perlu kepada kejujuran dan keberanian untuk berubah, melibatkan rombakan penuh kepimpinan parti dan peluang kepada kaum muda untuk mengemudi parti itu pasca kekalahan.
“Saya rasa UMNO hanya akan sedar dan boleh dibaiki, boleh dibina semula malah kepimpinan baru diberikan peluang kepada generasi muda apabila UMNO kalah,” kata Kadir, umpama peribahasa ‘sudah kalah baru berkubu’.
“Kalau tidak, UMNO macam sekaranglah, hanya fikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menang pilihan raya,” kata Kadir, yang telah mengikuti perkembangan negara selama 31 tahun sebagai seorang wartawan.
“Apabila kita (UMNO) menang dalam pilihan raya, barulah kita (UMNO) fikirkan apa yang hendak dilakukan,” sindir tokoh itu, dalam satu wawancara bersama FMT.
Jelas Kadir lagi, terdapat banyak contoh di luar negara apabila sesebuah parti itu tewas dalam pilihan raya, mereka akan bangkit sebagai sebuah parti baharu, sekali gus menjadi parti terbesar.
Mengambil iktibar daripada kejatuhan dan kekalahan Parti Kongres (India), Kuomintang (Taiwan) dan Parti Liberal Demokratik (Jepun), UMNO menurut Kadir hanya ada pilihan untuk bangkit atau terus tenggelam.
“Orang Melayu sudah adventurous,” kata Kadir, mengulas lanskap persaingan yang dihadapi UMNO. “Orang Melayu sudah berani mengatakan kita tidak perlu lagi bernaung di bawah sebuah payung sahaja untuk selamat.
“Malah, lebih baik kita mempunyai lebih banyak payung untuk berteduh. Satu payung dipukul ribut, kita ada lagi satu, dua payung,” ujarnya.

3 comments:

  1. Ada benda rosak boleh dibaiki,
    Ada yg patut dibuang..
    Umno dah tak relevan kini dan selamanya,tapi yg syoknya ada lebai sewel bagi tongkat pulak..

    ReplyDelete
  2. Lebai memang perangai nya tamak haloba , bangga diri suci , bijak Agama , pandang org lain lekeh atau xberagama .... Maka jadilah Lebai Malang syok sendiri

    ReplyDelete
  3. setuju ,jangan kecek saja deras mari melakukan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa