Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 7, 2016

Aiikk......Ezam dah lari ka?

Dah jemu dijamu dedak kot?

Wednesday, 6 April 2016
EZAM TIDAK LAGI BERSAMA NAJIB, SUDAH LETAK JAWATAN PENGARAH KOMUNIKASI MOF
Hari ini ramai penyokong Najib Razak "terkejut beruk"  dengan kenyataan Ezam Mohd Nor yang menyifatkan langkah penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA sebagai langkah ke belakang oleh kerajaan.

Meluahkan di laman Facebooknya, Ezam berkata, "menahan Rafizi atau sesiapa pun di bawah OSA adalah salah dan langkah ke belakang."

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujah penghakiman KN Segara pada 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan alasan lain," tegas Ezam.

Pendirian Ezam itu menyusul selepas sekian banyak bantahan diluahkan terhadap penahanan Rafizi yang ditahan dibawah OSA kerana mendedahkan apa yang dianggap maklumat sulit dalam isu berkaitan LTAT dan 1MDB, lebih-lebih lagi kerana beliau juga ditahan di Parlimen.

Bagi yang mengenali Ezam, mereka menyifatkan kenyataannya itu adalah berikutan apa yang dihadapi Rafizi sekarang sudah dilaluinya sebelum ini.

Lantaran itu, Ezam berhak meluahkan isi hati dan kebenaran berkaitan penahanan Rafizi itu.

Namun, bagi penyokong atau cai Najib, ramai yang "melompat"  dengan kenyataan itu, apatah lagi Ezam diketahui umum dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan sejak Mac 2014 untuk membantu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah transformasi ekonomi agar lebih rancak dan berkesan.

Sebelum itu pula,  Ezam juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak 2010, namun kemudian meletakkan jawatan untuk berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan.

Apa sudah jadi dengan Ezam, dapat macam-macam daripada Najib tetapi tiba-tiba tak sokong "boss" sendiri, demikian antara luahan raza kecewa para penyokong Najib.

Dalam hal ini, seorang  kenalan rapatnya memberitahu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan sejak 1 April yang lalu.

Walaupun kontraknya masih ada sehingga tahun depan, beliau memutuskan ingin berundur lebih awal daripada jawatan tersebut, kata kenalannya itu.

Kenalan itu juga berkata, antara sebab Ezam meletakkan jawatan ialah kerana tidak sanggup lagi "melihat terlalu banyak benda-benda tidak baik melintas  di depan matanya"  semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan itu.

Selain itu, kata kenalan itu lagi, Ezam juga kecewa kerana wujud pertentangan yang ketara antara lafaz kata dan perbuatan yang dilakukan oleh Najib sejak akhir-akhir ini.

Ditanya mengenai pendirian Ezam, kenalan itu berkata, "secara mudahnya beliau bolehlah dianggap tidak lagi menyokong Najib sekarang ini."

Kenalan itu turut mengesahkan Ezam kini banyak menghabiskan masanya di Indonesia dan dijangka tampil dengan satu "projek khas" demi negara tidak lama lagi.  (SH 06/04/2016. - sumber

4 comments:

  1. projek khas buat dedak dengan teknoloji terbaru
    dan cara mengedarnya dengan sistem lebih tersusun
    dan sukar dikesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dedak dah nak hapak, aku bagi kat arnabpun dia tak nak makan bila bagi roti gadeknia (gardenia)dia suka.

      Delete
  2. Orang nak berubah bagilah peluang jangan hentam melulu. Sekurang2nya dia ada suara hati yg mengatakan apa yg sdg berlaku depan mata dia tu salah. Betsangka baik lah sikit. Kalau nampak dia berpaling dari kata2 dia hari ini baru hantam kaw kaw bagi menonggeng.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa