Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 19, 2016

Aku ingatkan dah berpatah arang, tak malu ke?

PAS tak perlu buang masa jalin kerjasama semula dengan DAP - penganalisis
pada 18-04-2016 03:04
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PAS tidak perlu membuang masa menjalin semula kerjasama dengan DAP kerana sejarah sebelum ini membuktikan hubungan antara dua parti berkenaan tidak mampu bertahan lama.
Penganalisis Politik, Datuk Dr Firdaus Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya tidak menolak kemungkinan kembali bekerjasama dengan DAP pada masa akan datang.

Hadi dipetik berkata demikian menerusi laporan akhbar Harakah edisi 18 April hingga 21 April, sambil menambah kerjasama berkenaan boleh dijalin semula antara parti Islam terbesar negara dengan parti sekular terbabit, bergantung kepada perubahan semasa.

Menyifatkan ia tidak mustahil dilakukan, Hadi juga menaruh keyakinan DAP mungkin dapat menerima agenda hudud yang dibawa PAS selama ini.

"Sudah berapa kali PAS cuba (kerjasama dengan DAP). Bermula dengan inisiatif Tengku Razaleigh, kemudian (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Ternyata PAS sudah kecewa dengan apa jua kerjasama yang cuba dibina dengan DAP.

"Ia akan merugikan perjuangan PAS dan Melayu. Maka lebih baik PAS menumpukan tenaganya untuk cuba bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang sehaluan seperti Umno dan PKR," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Bagaimanapun, Firdaus berpandangan tidak mudah untuk DAP menerima agenda hudud yang diperjuang PAS.

Hubungan politik antara PAS dan DAP terputus selepas Majlis Syura Ulama PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP, sekaligus menyaksikan terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).

Ia rentetan serangan tanpa henti DAP terhadap PAS dan Hadi selepas parti Islam itu mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

DAP bertegas ia tidak boleh dilakukan memandangkan hudud bukan sebahagian daripada kesepakatan bersama di dalam Pakatan Rakyat.

Kecewa dengan tindakan PAS Kelantan meluluskan pindaan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Mac lalu dan tindakan Hadi membawa usul rang undang-undang persendirian itu ke Parlimen tanpa mendapat kesepakatan Pakatan Rakyat, DAP bertindak drastik memutuskan hubungan dengan Hadi.

2 comments:

  1. Orang Tua Betil ke Kreeek.cakap Berbelit belit.Memory Brain dah Kong kot

    ReplyDelete
  2. Org klu setahun jagung dalam politik xkan faham sbb dlm politik ni tiada musuh atau kawan yg kekal.
    Yg aku pelik pan bangang...dgn melawan pas sebnrnya pan pun nk mampuskan pkr.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa