Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 11, 2016

Apeker he ni.......macam budak-budak main sorong tarik lak?

Isma tarik balik laporan 'Najib panglima perang orang Islam
mk -  Hari ini, 8:39 malam
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menarik balik laporan di laman webnya yang mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “panglima perang orang Islam".

Sebuah posting di laman webnya berkata sidang pengarang Ismaweb.net membuat keputusan itu beberapa jam selepas butiran berita itu diterbitkan.

“Ismaweb.net menganggap dalam keadaan umat Islam yang menjadi majoriti di Malaysia sedang berdepan pelbagai serangan, Najib yang kononnya dikatakan sebagai ‘Panglima Perang’ hanya berdiam diri,” katanya.

Ismaweb menamakan pengharaman pendakwah Islam Dr Zakir Naik dari menyampaikan syarahan di Melaka pada 17 April sebagai insiden terbaru.

Dalam Twitternya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak penganjur telah diarahkan supaya membatalkan syarahan yang bertajuk 'Persamaan antara Islam dan Hindu.

Khalid kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa satu lagi siri syarahannya yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 16 April juga akan dibatalkan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan perdana menteri sebagai ‘panglima perang orang Islam’ kerana terpaksa berahsia dalam banyak perkara.

“Kita patut sokong dan sanjung Perdana Menteri. Adakah patut kita nak jatuhkan beliau diamanahkan mengetuai jentera perang kita?

“Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan kita perlu dirahsiakan,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Mengenai isu derma RM2.6 bilion, Aziz berkata perkara itu telah dijelaskan dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa