Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 8, 2016

Baru tahu atau menipu dalam sedar?

PERLEMBAGAAN MALAYSIA PENGHALANG HUDUD

(PAS baru sedar 2016, setelah sekian lama,  Presiden Tn Hj Hadi Baru ngaku Soal Hudud adalah kewajipan Pemerintah. So jangan lagi PAS menjadikan Hudud sebagai pancing undi meraih simpati tetapi PAS dan Pembangkang wajib menang PRU14)

Rujuk Senarai Persekutuan & Senarai Negeri.Jadual Kesembilan: Senarai Perundangan,Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 1,Senarai 11-Senarai Negeri secara jelas menyenaraikan bidangkuasa  hukum syarak & undang2 diri & keluarga...kecuali yg termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Perkara 4,Senarai 1-Senarai Persekutuan menyatakan undang2 & tatacara sivil & jenayah & pentadbiran keadilan adalah dalam bidangkuasa Persekutuan.

Perkara 75,Perlembagaan Persekutuan:'Jika mana2 undang2 Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang2 Persekutuan,maka undang2 Persekutuan hendaklah mengatasi undang2 Negeri dan undang2 Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.'

3 kesalahan yg boleh dikenakanan hukuman had seperti yg disepakati iaitu mencuri,merompak & bughah/derhaka kpd pemerintah terletak dalam bidangkuasa Persekutuan iaitu di bawah Kanun Kesiksaan seperti yg ada hari ini.

Kesalahan2 lain seperi zina,qazaf,minum arak dan murtad boleh dilaksanakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri2.Hukuman sedia ada adalah bersifat hukuman takzir bukan hudud.

Disamping kekangan Perlembagaan, perlaksanaan hudud juga seperti lain2 ibadah yg wajib memenuhi syarat2nya.

Antaranya

1. Perlaksanaan gaji minima yg wajar kpd pendapatan isi rumah yg ideal

2. Kadar penganguran rakyat  mestilah ditahap minima

3. Kadar harga barangan asas wajar tidak membebankan rakyat.

Prasarana asas ini adalah kewajipan pemerintah. Kerana itu adalah sangat wajar pembangkang termasuk pas yg perjuangkan hudud dan rakyat yg inginkan perlaksanaan ini berjalan wajib menang pru utk merubah bn umno yg kita tahu mereka tidak mampu melakukan dgn bukti nya, sudah 58th memerintah tanpa perubahan kpd total islam.

Kesalahan terhadap negara termasuk 'waging war or attempting to wage war' ada di Bab 6,s.121 ke 123 Kanun Kesiksaan.Kesalahan Mencuri di Bab 17 s.379 ke s.382A.Kesalahan merompak di s.390 ke s.402.

Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular dgn pemakaian undang syariah yg terhad melibatkan undang keluarga, zakat, fitrah, baitulmal, khairat, easier, waqaf, tempat ibadah full.

Suruhanjaya Reid merangka Perlembagaan Persekutuan dalam tahun 1956. Kalau ditolak payah British nak bagi kemerdekaan.British banyak kepentingan sewaktu perundingan kemerdekaan dibuat.

Nak ubah Perlembagaan nampaknya UBN  tak berhasrat melakukannya setakat ini. Keutamaan selepas merdeka ialah membangun ekonomi & sosial masyarakat terutama melayu Islam yg serba ketinggalan.Dah hampir 60 tahun merdeka pun masih ketinggalan dalam banyak perkara.

Hampir majoriti yg duduk di bawah paras kemiskinan adalah melayu/bumiputera.Dari sudut fiqh awlawiyat pun hudud bukan keutamaan sekiranya struktur masyarakat belum disusun baik & pemerintah adil dan saksama

Hudud dan prasarana yg lembab atas kerana rasuah, keteresan dan kroni melampau inilah antara sbb mengapa Pembangkang dan pas wajib bersatu tumbangkan BN UMNO yg telas culas melaksanakan amanah sebagai pemerintah.

Sistem pendidikan juga harus dirombak dengan pendekatan seimbang.Bagi pelajar Islam,subjek2 seperti  Al Quran, Hadith, Fiqh, Usuluddin,Tasawuf/akhlak dan bahasa  Arab seharusnya diwajibkan.Biar sekolah pagi potang.Tak rugi ada masyarakat berilmu.

UMNO sebagai tunggak BN boleh saja bawak usul meminda Perlembagaan dgn bantuan PAS sejak 1955 kerana UBN parti yg memerintah dan PAS kedua berpengaruh terhadap undi Melayu.Tindakan kerajaan Pas Kelantan masih perlu hadapi kekangan Perlembagaan persekutuan.

Itu yg jadi hujah utama Dap. Pinda Perlembagaan Persekutuan dulu.Presiden Ikatan dalam PC penubuhan pakatan baru dgn Pas bawa nada yg sama.

Cukup disini dulu. Semua ini wajip terlaksana utk mempastikan keadilan berlaku terhadap rakyat keseluruhannya ketika Hudud dikuat kuasakan.

Ikhsan Tuan Fuzi Md Zain (Peguam)

Susunan Pengulas
Abu As Siddiq

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa