Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 2, 2016

GST: PAS dah tunaikan tugasnya sebagai penasihat?

GST: PAS sudah nasihat, kini terpulang pada rakyat

 | April 1, 2016
PAS menyerahkan kepada rakyat untuk 'menasihat' dan 'menegur' pemerintah menerusi pilihan raya
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
PETALING JAYA: PAS telah menjalankan kewajipannya dengan menasihati kerajaan BN berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmataan (GST) dengan pelbagai cara termasuk menyertai himpunan membantah perlaksanaan cukai itu.
Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata kini terpulang rakyat samada untuk meluahkan buah fikiran mereka melalui peti undi.
“PAS telah menjalankan kewajipannya menasihati pemerintah dengan pelbagai cara. Tinggal pada rakyat pula untuk bangkit menasihati dan menegur pemerintah menerusi pilihanraya,” katanya menerusi kenyataann sempena setahun perlaksaan GST.
Khairuddin berkata PAS ambil maklum setahun perlaksanaan GST telah mendatangkan hasil yang besar buat BN, iaitu RM27 bilion jauh melebihi sasaran asal RM21.3 bilion bagi 2015, malah hasil bagi 2016 dijangka meningkat kepada RM39 bilion.
Namun begitu, parti Islamik itu mengulangi pendirian bahawa GST tidak patuh syariah dan perlu dihapuskan, berbeza dengan pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Jawatankuasa itu sebelum ini memutuskan bahawa perlaksanaan GST harus dilaksanakan tetapi dengan berpandukan kepada enam syarak meliputi: komitmen dalam melaksanakan syariat Islam; sumber kewangan; dikutip hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyat dan hajiyat; bebanan cukai dikutip secara adil; agihan cukai perlu bertepatan dengan ijtihad ulama semasa dan setempat; dan cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah dan bukan untuk maksiat.
“GST tidak memenuhi syarat keharusan cukai dalam Islam,” kata Khairuddin; “penentuan harus atau tidak sesuatu sistem percukaian dan hasil negara bukan dilihat pada bagaimana ia dibelanjakan sahaja tetapi bagaimana ia diperolehi.”
“Antaranya ialah kerana ia dipungut berdasarkan perbelanjaan yang tidak boleh membezakan antara orang kaya dan orang miskin.
“Sedangkan prinsip cukai dalam Islam ialah hendaklah diambil daripada si kaya untuk diagihkan kepada si miskin,” jelas jurucakap Dewan Ulama PAS itu.

3 comments:

  1. umpama mencurah air kat daun keladi...
    ada depa heran nasihat ke?
    sedang kan protes depa tak heran.ini puak nasihat.yg nasihat lg bangang dari yg buat.
    kedarah duit haram dari rakyat untuk tampong duit yg abis buat belanja pemimpin boros.

    ReplyDelete
  2. Kikikikik ..nasihat konon tak dengar pun...rskyst nak dengar, penyokong PAS nak dengar nasihat Hadi kpd Najib, apa nasihat tu, apa nadanya, bagsimana hujahnya, itu tujuan politik, itu tujuan rakyat bayar elaun kpd YB2, jangan sampai rakyat kata YB @ yang berok...

    ReplyDelete
  3. ...ye la tu PAS bagi nasihat. Kita terima la nasihat tu... rakyat berkuasa ubah kerajaan dlm PRU nanti.. cuma bukan sahaja UMNO/BN rakyat tolak.. PAS@PASIKATAN@PASIK pun rakyat buang dlm longkang Najis... (mungkin yg menyokong tu macai & PAScai pemakan dedak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa