Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 4, 2016

Hanipa Maidin dikejarkan ke HKL selepas pengsan dalam dewan

Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin dikejarkan ke HKL selepas pengsan dalam dewan
Bernama |  April 04, 2016 20:18 MYT  
Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin dikejarkan ke HKL selepas pengsan dalam dewan
Mohamed Hanipa dikatakan mengadu loya dan lemah beberapa ketika sebelum waktu rehat tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5.30 petang tadi apabila didapati pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selama 15 minit hari ini.

M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ditemui pemberita berkata Mohamed Hanipa tidak keluar dewan sewaktu rehat dan beliau bersama Charles Santiago (DAP-Klang) telah mendekati Anggota Parlimen itu dan mendapati beliau telah pengsan di kerusinya.

"Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Kulasegaran berkata sebelum itu Mohamed Hanipa dikatakan mengadu loya dan lemah beberapa ketika sebelum waktu rehat tersebut.

Dewan ditangguh selama 15 minit untuk memberi laluan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) membawa usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat 2015 ke Jawatankuasa Pilihan.

Terdahulu, Mohamed Hanipa rancak berbahas dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan RUU tersebut.
Mohamed Hanipa merupakan anggota Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket PAS sebelum menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) tahun lalu.

KENYATAAN MEDIA - Berita susulan dari group WhatsApp

DOAKAN KESEMBUHAN YB HANIPA DAN TUAN HJ ASMUNI

www.amanah.org.my

1. Ahli Parlimen (Sepang) YB Hanipa Maidin telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas disedari pengsan secara tiba-tiba ditempat duduk beliau di Dewan Rakyat petang tadi.

2. Dalam perkembangan terbaru, kami dimaklumkan bahawa YB Hanipa kini telah dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

3. YB Hanipa adalah salah seorang anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) yang sangat komited dalam parti dan aktif mengambil bahagian dalam setiap perbahasan di Dewan Rakyat.

4. Selain beliau, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah iaitu Bendahari Agung Tn Hj Asmuni Awi juga kini berada di IJN selepas melalui pembedahan pintasan jantung beberapa hari lalu.

5. Seluruh kepimpinan Amanah mengharapkan mereka segera sembuh dan boleh kembali berkhidmat seperti biasa. Kepada seluruh ahli dan penyokong Amanah, ambilah sedikit masa untuk turut sama-sama mendoakan kesihatan mereka.

"Harapan Baru"

MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara

4 April 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa