Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 3, 2016

Inilah dikatakan ajal maut tak siapa yang tahu

Anggota penyelamat Highland Towers maut dalam nahas  
Azyyati AhmadAstro Awani |  April 03, 2016 10:42 MYT    
Anggota penyelamat Highland Towers maut dalam nahas
Mendiang N.Yogaraja ketika muncul di televisyen dalam sesi pertemuan semula dan temubual khas dengan Nur Hamidah dan ibunya - Foto Bomba
KUALA LUMPUR: Salah seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat semasa tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, maut dalam nahas jalan raya awal pagi Ahad.

Pegawai Bomba Kanan 1, Yogaraja Nadaraja dilaporkan maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam nahas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Kinrara-Puchong menghala ke Taman Sri Manja, Petaling Jaya.

Menurut jurucakap bomba, laporan awal mendapati nahas yang membabitkan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan kira-kira jam 2 pagi tadi.

"Dukacita dimakumkan Yogaraja yang bertugas di unit Pengesan K-9 dan pernah berkhidmat di Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya.

"Mayat mendiang kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Mendiang merupakan antara individu yang terlibat dalam operasi menyelamat dua warga Indonesia, Umi Rasyidah Khoiruman, 44 dan anaknya Nur Hamidah Nadjib, 24 tahun, semasa kejadian 23 tahun lalu.
29 Mac lalu, Yogaraja dan beberapa anggota pasukan penyelamat yang terlibat dalam tragedi itu, muncul di televisyen dalam sesi temuramah khas dengan Nur Hamidah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa