Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 11, 2016

Laporan Prosiding PAC: Najib lantik penasihat tapi tidak minta nasihat, kata Mahfuz

 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya dianggap sebagai `tunggul kayu' dalam mengurus dan membuat keputusan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 Beliau berkata, surat perlantikan Ahli Lembaga Penasihat termasuk juga dari Kuwait, Qatar dan China yang ditandatangani oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB itu.
"Persoalannya, Lembaga Penasihat dilantik tetapi mesyuarat tidak pernah dibuat, nasihat pun tidak pernah berlaku. Ini memalukan Malaysia kerana PM Najib melantik orang luar jadi penasihat.
"Nama mereka terpampang dalam Laporan PAC tetapi mesyuarat Lembaga Penasihat tidak pernah diadakan. Kebimbangan saya ialah jika mereka membuat kenyataan kesal terhadap kerajaan Malaysia yang hanya memperalatkan mereka sebagai Lembaga Penasihat di atas kertas," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mahfuz lagi, Najib yang diperuntukan kuasa dalam artikel 117 M & A telah memberikan semua kebenaran bertulis kepada Lembaga Pengarah untuk semua perkara yang membabitkan komitmen kewangan dan pelaburan yang boleh memberi kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan, tanpa merujuk dan meminta nasihat dan pandangan daripada Lembaga Penasihat.
"Pada hal kewujudan Lembaga Penasihat seperti yang diakui oleh Tan Seri Dr Irwan Siregar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam muka surat 26, Laporan Prosiding PAC bertarikh 19 Mei 2015 ialah bertanggung jawab untuk menasihati pengurusan syarikat dalam urusan perniagaan.
"Malangnya, seperti pengakuan Tan Seri Irwan tiada inisiatif dan pengurusan syarikat tidak pernah merujuk Lembaga Penasihat dalam apa jua tindakan.
"Ini menunjukkan semua komitmen kewangan dalam urusan perniagaan dan pelaburan yang boleh memberi kesan kepada jaminan kerajaan hanya dilakukan oleh PM Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat tanpa mendapat nasihat dan pandangan Ahli Lembaga Penasihat. PM Najib buat pandai-pandai dia sendiri yang akhirnya Penasihat menjadi 'Punahsihat',"ujarnya.
Justeru katanya lagi, Laporan Prosiding PAC jelas menunjukan Najib terlibat dan tidak boleh dilepaskan.
"Apa yang perlu ialah siasatan menyeluruh dan bebas mesti dilakukan dengan segera." ujarnya.
Bahkan beliau juga berasa hairan dan terkejut bila membaca laporan PAC berkaitan isu "Skandal Negara" 1MDB pada bahagian Laporan Prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
"Mengikut laporan prosiding tersebut pada Mesyuarat Jawatankuasa PAC bertarikh 19 Mei 2015 dalam muka surat 26 di perenggan pertama, Tan Seri Dr Irwan yang juga merupakan anggota Lembaga Penasihat 1MDB menyatakan yang Lembaga Penasihat tidak pernah bermesyuarat dan tidak pernah diminta nasihat oleh Lembaga Pengarah Syarikat dan tidak pernah dirujuk oleh PM Najib yang juga selaku Pengerusi Lembaga Penasihat.
"Dalam erti kata lain, Lembaga Penasihat jadi macam 'Tongkoi' dan 'Tunggui kayu'," sindir Mahfuz dalam loghat Kedahnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa