Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 5, 2016

LTAT mulakan tindakan undang-undang ke atas Rafizi dan cabaran Rafizi.......

Bernama April 05, 2016 07:55 MYT  
LTAT mulakan tindakan undang-undang ke atas Rafizi
Mohd Anwar berkata adalah tidak munasabah untuk Rafizi (gambar) membandingkan jumlah pembayaran gratuiti yang dibuat sepanjang tahun dengan baki tunai pada akhir 2014. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli berhubung dakwaan yang dibuat Setiausaha Agung PKR itu terhadap LTAT.

Pengerusinya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata: "Jelas sama sekali bahawa tuntutan yang dibuat oleh Rafizi adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT.

"Sekali lagi ditegaskan, tidak ada sebarang kebenaran dalam dakwaan Rafizi, dan LTAT telah memulakan tindakan undang-undang terhadap beliau," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Antara dakwaan Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan, ialah berhubung pembayaran gratuiti kepada pencarum LTAT.

Mohd Anwar berkata adalah tidak munasabah untuk Rafizi membandingkan jumlah pembayaran gratuiti yang dibuat sepanjang tahun dengan baki tunai pada akhir 2014.

"Sepanjang 2014, LTAT telah membuat pembayaran pengeluaran caruman berjumlah RM982.9 juta kepada pencarum yang tamat perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata baki akhir tahun bagi 2014 berjumlah RM561.5 juta adalah baki setelah LTAT membuat semua bayaran termasuk bayaran kepada para pencarum yang mengeluarkan caruman di sepanjang tahun berkenaan.

Selain itu, Mohd Anwar berkata LTAT juga telah menerima dan menyemak senarai 110 pencarum daripada Rafizi yang didakwanya tidak menerima bayaran gratuiti masing-masing.

Daripada jumlah itu, Mohd Anwar berkata LTAT telah membuat pembayaran kepada 70 pencarum; kegagalan pengesahan cap jari dan telah dihubungi (seorang pencarum); dokumen diterima daripada Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) Kementerian Pertahanan pada 4 April 2016 (23 pencarum) serta dokumen belum diterima UGAT (16 pencarum).

"LTAT ingin menekankan dan menjelaskan sekali lagi bahawa semua pembayaran gratuiti kepada anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan termasuk semua 70 yang disebut di atas, telah, dan akan terus diuruskan, dalam tempoh 24 jam setelah LTAT menerima dokumen yang lengkap dan diluluskan daripada UGAT.

"Permohonan-permohonan seperti ini diterima dan dibayar secara berterusan sepanjang tahun," katanya.
Berhubung kelewatan bayaran daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) bagi projek penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), Mohd Anwar berkata: "Sehingga kini, pembayaran oleh 1MDB kepada PPHM telah dibuat, dan PPHM yang menjadi kontraktor 'turnkey' untuk 1MDB projek PUKL pula telah membayar semua sub kontraktor atas jumlah yang ditetapkan mengikut kontrak."

Mohd Anwar berkata akaun LTAT juga diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan dibentangkan di Parlimen.

Rafizi cabar CEO dan Pengerusi LTAT samannya atas kapasiti peribadi
Rafizi Ramli LTATRafizi Ramli LTATAhli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mencabar Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusinya, Tan Sri Anwar Mohd Nor menyamannya atas kapasiti peribadi.
Beliau juga bersedia menghadapi semua sama-saman oleh pihak berkuasa terhadap dakwaan yang pernah didedahkan sebelum ini termasuk LTAT.
"Saya telah dimaklumkan akan disaman oleh LTAT berikutan pendedahan yang saya buat mengenai bayaran caruman yang tertunggak.
"Padahal jawapan Pengerusi LTAT mengiyakan bahawa memang berlaku kelambatan pembayaran (saya akan mengeluarkan kenyataan akhbar esok mengenai perkara ini).
" Cuma saya cabar CEO LTAT, Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi LTAT, Anwar Mohd Noor menyaman saya atas kapasiti peribadi dan tidak menggunakan satu sen pun duit caruman anggota tentera di dalam LTAT," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, termasuk saman LTAT beliau kini mempunyai lapan saman.
Beliau berkata, telah menerima tiga siasatan polis serentak kerana pendedahannya mengenai Lembaga Tabung Haji, kelewatan bayaran pencen dan siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Saya akan terus lalui saman-saman oleh sang penguasa sebegini.
"Hari ini juga saya dimaklum ada satu lagi laporan polis terhadap saya oleh Ali Tinju.
"Maknanya ada empat siasatan baru di samping lebih 10 siasatan sedia ada oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
"Jika setiap satu siasatan menggunakan empat orang polis, maka ada 16 anggota polis yang tugasnya hanya utuk menyiasat saya.
"Kalaulah 16 orang anggota polis ini digunakan untuk memberkas pencuri, perompak, pembunuh dan lain-lain, bukankah lebih baik?," soalnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa