Mat Said dakwa MB Terengganu akan terlucut jawatan
Perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan hanya mahu mendapatkan perkenan Sultan Terengganu untuk pembubaran DUN.
KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman didakwa akan diturunkan daripada jawatannya dalam masa terdekat.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang memberitahu, beliau akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja baginda pulang dari luar negara bagi mendapatkan perkenan pertukaran menteri besar.
Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terengganu turut mendakwa perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Jangan sampai tuanku isytihar bubar DUN, (kalau terjadi macam itu) habis lah. Keadaan sekarang UMNO kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya habislah (UMNO berisiko kalah), jangan main-main.
“Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup, saya sayangkan Terengganu. Apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat,” katanya memetik laporan dari Sinar Online.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kemaman Kali Ke-36, di Resorts World Kijal baru-baru ini.
Ahmad atau lebih popular dengan gelaran Mat Said juga mendakwa Ahmad Razif merupakan salah seorang dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai menteri besar sebelum ini.
“Saya ‘gentleman’, saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tidak percaya)…marah dalam dewan, yang dia buat (pada) saya? Saya tak nak cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia (beliau) yang terlibat menjatuhkan saya.
“Tapi ingat, InsyaAllah dengan kehendak Allah SWT, saya rasa menteri besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang kepada saya adalah UMNO, kalau saya tak fikir UMNO, hari itu (masa letak jawatan sebagai menteri besar) saya dah keluar kerajaan. Sebab itu (sayangkan UMNO) saya (masih) tunggu,” katanya.
Pada Persidangan DUN pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd Zubir Embong.
# apa PAS kata sebelum ini bukan boleh pakai puun.......jenis kluk-klek!
# apa PAS kata sebelum ini bukan boleh pakai puun.......jenis kluk-klek!
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa