Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 14, 2016

Antara Nazri - Muhyiddin: Lidah siapa yang lebih dipercayai rakyat?

Muhyiddin perdaya rakyat – Nazri

 | April 14, 2016
Nazri berkata, Muhyiddin dipecat bukan kerana mempersoalkan peranan Najib dalam 1MDB, tetapi disebabkan beliau berbuat demikian di khalayak ramai
VIDEO INSIDE
nazri,muhyiddin
PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memperdaya orang ramai dengan dakwaan beliau dipecat daripada Kabinet, kerana menyatakan apa yang telah disahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya berhubung 1Malaysia Development Berhad.
Bercakap kepada FMT dan mengulas catatan Muhyiddin di Facebooknya pada Selasa lalu, Nazri berkata: “Kenyataan beliau amat mengelirukan, kerana Perdana Menteri tidak akan mempunyai sebarang alasan untuk menggugurkan beliau, jika beliau hanya membangkitkan perkara itu dalam bilik mesyuarat Kabinet.
“Orang lain turut membangkitkan kebimbangan sama, tetapi beliau digugurkan kerana beliau (bercakap) di luar Kabinet,” katanya.
Beliau memberi contoh Muhyiddin memberitahu perkara itu kepada orang ramai ketika menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras.
Timbalan Presiden UMNO yang digantung parti itu dalam catatan di Facebooknya, Selasa lalu, menyatakan laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen minggu lalu, mengesahkan apa yang diberitahunya selama ini.
Jelasnya, ketika masih berada dalam Kabinet, beliau telah menyuarakan kebimbangan mengenai model perniagaan 1MDB dan menggesa Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
“Laporan PAC mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama di dalam Kabinet,” demikian catatan Muhyiddin di Facebooknya.
Nazri berkata, ia adalah tanggungjawab Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong Najib, kecuali terdapat bukti mencukupi berhubung salah laku Perdana Menteri.
Beliau membayangkan UMNO mungkin memecat Muhyiddin daripada parti itu.
“Beliau telah melanggar disiplin parti dengan duduk bersama pembangkang dan meminta Perdana Menteri meletak jawatan melalui cara yang sangat tidak demokratik,” katanya.
Sambil menepis serangan ke atas Najib oleh pengkritiknya, Nazri berkata, mereka telah memilih untuk tidak mengendahkan laporan PAC yang membersihkan Perdana Menteri daripada semua tuduhan salah laku sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
“Kami tahu sejak awal lagi, ahli-ahli pembangkang tidak berminat untuk mencari kebenaran. Mereka hanya berminat untuk menjatuhkan Najib. Jadi, kami tidak terkejut dengan reaksi mereka.
“Kami tahu mentaliti mereka dan kami bersiap sedia untuk perjuangan panjang. Akhirnya, ia akan membawa kita ke pilihan raya umum dan ia adalah cara sah untuk mereka menentang dan menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa