Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 12, 2016

Pakai lutut ker pakai akai?: Berasaskan fakta pun ramai yang tidak boleh terima rupanya!

Dr Zakir dakwah berasaskan fakta
NORHAFIZA MUSA - 12 APRIL 2016
Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor 

KUALA TERENGGANU - Pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik merupakan seorang penyampai maklumat Islam berasaskan fakta tanpa menyentuh perkara-perkara yang bersifat provokatif.

Setiausaha Agung, Pertubuhan Kemajuan Islam Malaysia (Perkim), Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, kehadiran intelektual Islam kelahiran Mumbai yang terkenal sebagai tokoh perbandingan agama ke Malaysia sempena program jelajahnya itu sepatutnya dihormati oleh penganut-penganut agama lain selagi tidak ada unsur yang boleh mengancam sesuatu keadaan.

“Saya mengikuti ceramah beliau, secara objektif Dr Zakir hanya daie yang menyampaikan fakta, malah hal sama turut diakui pendakwah-pendakwah dari negara lain berdasarkan laporan yang saya terima daripada mereka.

“Jika ada seorang pendakwah yang baik dan yang mampu mengukuhkan keharmonian dan perpaduan masyarakat, kenapa kita perlu bimbang dengannya. Jadi saya minta pihakpihak berkenaan, sekiranya ingin melontarkan pendapat, komenlah secara sihat, bukan dengan cara berasaskan sentimen,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan Persidangan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) Kali ke-46 di Hotel Felda, di sini, semalam.

Ketika ini, Dr Zakir terlibat dalam siri jelajahnya di Terengganu dengan program syarahan umum di empat daerah iaitu Stadium Tertutup Gong Badak, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Masjid Hadhari, Besut (12 April) serta di Padang Astaka, Kemaman (14 April).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa