Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 16, 2016

Pegawai bank terlibat curi wang

PPIM dedah peguam, pegawai bank terlibat curi wang anak guam

 | April 15, 2016
Peguam dan pegawai bank berkenaan didakwa telah menipu hampir 400 orang mangsa.
Johan
KUALA LUMPUR: Seorang peguam yang dilantik oleh anak guam untuk menguruskan insuran didakwa telah menipu wang pampasan mangsa-mangsa kemalangan jalan raya.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendedahkan isu berkenaan turut mendakwa peguam tersebut telah bekerjasama dengan pegawai bank di salah satu bank yang terletak di Seremban.
Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pegawai bank tersebut telah meluluskan pengeluaran wang milik anak guam peguam berkenaan tanpa pengetahuan anak guamnya.
“Kami menerima aduan penipuan enam orang pengguna yang mendakwa telah ditipu wang pampasan dan duit pampasan mereka dikeluarkan dari bank tanpa pengetahuan mereka,” katanya.
Nadzim memberitahu, peguam dan pegawai bank berkenaan telah menipu hampir 400 orang mangsa.
“Ini merupakan satu perkara yang amat membimbangkan. Kerjasama antara pegawai bank dengan peguam merupakan satu kolaborasi parah yang boleh menjual negara dan perlu diatasi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PPIM, hari ini.
Di sidang media hari ini, seramai enam orang mangsa tampil kehadapan dan berkongsi pengalaman mereka dengan media.
Salah seorang mangsa, Mohd Hafiz Mohd Ariffin,34 menceritakan peguam berkenaan telah mengambil sejumlah RM16,660 dari jumlah keseluruhan yang diterima iaitu sebanyak RM55,000.
“Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2011. Pelbagai alasan telah diberikan oleh peguam berkenaan apabila diminta untuk menjelaskan tindakannya yang mengambil RM16,660 itu. Malah, peguam itu juga telah memalsukan tandatangan saya.
“Saya juga telah bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku itu. Malah, turut membuat laporan di Majlis Peguam, namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan,” keluhnya.
Sementara itu, Nadzim menganggarkan jumlah kerugian yang ditanggung enam mangsa itu akibat penipuan yang didakwa dilakukan oleh peguam itu mencecah RM200,000.
“Isu ini merupakan isu serius, justeru saya meminta agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Majlis Peguam melihat isu ini dan mengambil tindakan tegas,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa