2.25 Bantah GST: Peserta mula berarak ke Dataran Merdeka
02 April 2016 | WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
2.23 PM - Peserta perarakan dari Masjid Jamek Kampung Baru tiba di perkarangan Kompleks Sogo dengan diketuai oleh pasukan Arif.
02 April 2016 | WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
2.23 PM - Peserta perarakan dari Masjid Jamek Kampung Baru tiba di perkarangan Kompleks Sogo dengan diketuai oleh pasukan Arif.
2.00 petang melepasi Jalan Raja Mahadi
Presiden Amanah Mat Sabu nasihat penyokong ikut arahan
Demonstran solat zohor
1.40 petang - Peserta himpunan selesai solat Zohor di masjid jamek Kampung Baru
1.15 petang - Jalan Sultan - 3 ADUN DAP, Tey Kok Kiew (Bandar Hilir), Arul Kumar (Nilai), P. Gunasegaran (Senawang) tiba di lokasi.
1.00 petang - Jalan Petaling - "GST memang membebankan rakyatdan untungkan kerajaan," kata kata seorang peniaga yang baru tiba menjual t-shirt tertera "undur Najib mansuh GST" sebanyak 200 helai untuk acara hari ini. Pihak media sudah berkumpul di Jalan Sultan di hadapan CIMB. Kelihatan penyokong sudah memasuki Jalan Sultan.
Tali keselamatan dipasang seawal jam 11.30 pagi
12.25 petang - Tujuh orang awam di sekitar SOGO yang ditemui berkata tidak tahu adanya himpunan bantah GST hari ini. Bahkan seorang wanita Melayu berusia awal 50an mendakwa "bodoh Melayu yang turun demonstrasi. Bayar 20 sen je GST ni, katanya. Cina memang marah sebab dia orang berniaga tak suka cukai. Terdapat penerangan tentang GST diletakkan di motosikal di parkir antara SOGO dan kompleks Pertama.
12,15 petang - Tali kuning tertera "Kawalan Penguatkuasaan DBKL"dapat dilihat di beberapa lokasi dari Masjid Negara ke persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut dekat Dataran Merdeka.
12.12 tengahari - Sekumpulan pelancong dilihat berjalan di luar siar kaki di Jalan Raja Lautakibat kawasan sekitar bangunan DBKL diletakkan halangan berpagar.
11.00 pagi - Para peserta himpunan Bantah GST mula tiba di ibu negara Kuala Lumpur hari ini. Mereka mula menuju empat pusat pengumpulan utama iaitu Kampung Baru, Central Market, Jalan Sultan dan Sogo sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
Selepas setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 lalu, yang menyaksikan kenaikan barangan dan perkhidmatan di negara ini, hari ini rakyat Malaysia bakal berkumpul bagi membantahnya.
Perhimpunan yang diketuai oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu yang mewakili pimpinan Pakatan Harapan dan badan-badan bukan kerajaan akan bermula jam 2 petang ini dan Dataran Merdeka bakal menjadi kemuncak perhimpunan ini.
Empat tempat bakal menjadi pusat pengumpulan mereka iaitu Masjid Kampung Baru (Amanah), Pasar Seni atau Central Market (Jingga 13), Jalan Sultan (DAP) dan kumpulan lain di Sogo.
Mereka kemudiannya akan bergerak ke Dataran Merdeka di mana perhimpunan kemuncak mereka akan berlangsung.
Ikuti lintas langsung perhimpunan membantah GST ini melalui Malaysia Dateline.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa