Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 1, 2016

Uumm.......patutla bangang!

Edry Faizal: "Gerakan Merah kebudak-budakan"
ASYRAF MUHAMMAD - 1 APRIL 2016
SHAH ALAM - Tindakan Gerakan Merah yang cuba mewujudkan kekecohan ketika ingin menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dianggap seolah-olah seperti kebudak-budakan, kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof.

Menceritakan semula mengenai kejadian tersebut, Edry memaklumkan bahawa pihaknya secara terbuka menerima kehadiran kumpulan tersebut yang pada awalnya memaklumkan ingin menghantar memorandum kepada Guan Eng.

“Namun begitu, saya merasa terkejut apabila kumpulan itu seolah-olah seperti hilang kawalan dan mengamuk malah turut enggan menyerahkan memorandum itu kepada saya sebagai wakil parti atas alasan saya merupakan orang Melayu.

“Selepas itu, mereka mula menjerit dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan seperti hendak membakar ibu pejabat DAP dan tindakan itu sangat melampau walaupun negara ini mengamalkan sistem kebebasan bersuara,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Semalam, satu kumpulan seramai kira-kira 30 orang dipimpin oleh Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju hadir untuk menghantar memorandum kepada Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang agar mengambil cuti bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung isu pembelian banglo mewah.

Dalam pada itu, Edry memaklumkan bahawa tindakan pihak terbabit seolah-olah seperti cuba mewujudkan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan kepadanya.

“Mereka hadir bukan untuk menyerahkan memorandum namun lebih kepada nak cetuskan provokasi.

“Bila mereka serah memorandum, kami juga turut ambil peluang untuk serah memorandum bagi pihak DAP kepada mereka namun mereka menolak dan merentap kertas terbabit seterusnya memijaknya di hadapan saya,” katanya.

Tambah Edry, berhubung kejadian itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selepas ini dan pihaknya juga turut bekerjasama bagi memberikan keterangan.

3 comments:

  1. Tok sah layan ali tinju tu..
    Goyang punggong ja tau

    ReplyDelete
  2. pemakan dedak spesel paling bangang..
    terlajak bangang

    ReplyDelete
  3. Jangan layan kumpulan KURANG AKAL tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa