Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 7, 2016

Wan Rahim ucap terima kasih kat Hadi......

Terima kasih Hadi kerana sahkan Amanah bukan khadam Najib, kata Wan Rahim
 | ZIKRI ABDULLAH
Wan Abdul Rahim Wan AbdullahWan Abdul Rahim Wan AbdullahHakikatnya rakyat negara ini tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu hanya khadam DAP.
"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.
Tuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.
"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang," katanya.
Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.
"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) di pihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.
Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.
"Sebut perkataan 'dedak' rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.
Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah 'khadam DAP'.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa