Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 17, 2016

Surat Anwar: Apa susah sangat? Anwar bukan dah mati.......tanya jerlah!

'Surat panjang lebar' dari Anwar palsu - Samsul Iskandar
Zulaikha Zulkifli      16 Mei 2016, 7:37 malam
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, menafikan wujudnya 'surat panjang lebar' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Shamsul yang juga anggota parlimen Bukit Katil mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut.

Malah beliau juga meminta supaya pihak admin Facebook AMK Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

"Tak timbul soal kesal dan sebagainya. Anwar konsisten dari awal dengan isi kandungan Deklarasi Rakyat dan ia harus didokong. Tak timbul.

"Anwar ini banyak surat. Kita tak tahu surat yang mana satu yang dimaksudkan oleh AMK yang tidak bernama ini. Saya harap kalau betul ia dari AMK Pulau Pinang, pihak admin harus ambil tindakan segera supaya betulkan persepsi yang mungkin akan timbul secara negatif terhadap apa sahaja ikhtiar atau usaha kita untuk berlawan dengan perdana menteri sekarang dan gesa beliau undur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Facebook AMK Pulau Pinang hari ini menaikkan satu kenyataan yang bertulis:

"Info dari Penjara Sungai Buloh. Maklumat diterima melalui Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pimpinan dan dibawa ke pembincangan Mesyuarat Biro Politik Keadilan Pusat. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat, berpesan supaya pimpinan waspada dgn muslihat Mahathir-Daim.

"Pesan Ketua Umum beware the serpent that stings now wears the crown (memetik Shakespeare). Harap semua Pimpinan KEADILAN Negeri, Ketua - Ketua Cabang, Sayap AMK, Sayap Wanita dan anggota KEADILAN seluruhnya bijak menilai," tulis kenyataan AMK negeri itu.

Deklarasi Rakyat merupakan petisyen yang diwujudkan oleh gerakan 'Selamatkan Malaysia' termasuk Mahathir pada Mac lalu.

Ia bermatlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk memohon penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Selain Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Mukhriz dan Muhyiddin, nama-nama besar lain yang menandatangani deklarasi itu ialah Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.

Kaitannya : Surat Anwar dibaca, laungan reformasi bergema

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Usaha gigih yang hampir dua puluh tahun, ranap dan punah hanya sekelip mata.Akibat silauan pangkat, harta dan kedudukan mereka yang telah selesa hasil perjuangan rakyat dan jasa Anwar Ibrahim.
    Sedari awal lagi telah diperingatkan akan kelicikan dan tipuan Mahathir kerana Mahathir adalah Machieavalli Malaysia.Falsafah beliau adalah Melayu mudah lupa dan Melayu mudah ditipu.Mereka yang bersekongkol dengan Mahathir akan berakhir dengan dua hala tuju.Satu mereka akan mendapat kedudukan jika matlamat tercapai.Satu golongan lagi akan mendekam ke penjara kerana menentangnya kerana masih mengekalkan politik elit yang tidak memperjuangkan aspirasi dan inspirasi rakyat.
    Tinggalkan saja perjuangan Mahathir biarkan Pakatan Harapan dengan hala tujunya sendiri.Sekurang kurangnya ada dua kumpulan besar yang berjuang.
    .

    ReplyDelete
  2. Samsul ni kartel azmin dan dia pn zaman reformasi x da sumbangan kemudian jd n.pres...klu pemimpin camni hancus la keadilan..sinkirkn dia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa