Monday, May 16, 2016

Kesiaan: Rupanya PAS masih lagi bermimpi dengan baju lamanya!

Peluang Pas rampas Sungai Besar cerah, kata Sallehin Mukhyi
15 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Peluang Pas cerah kata Solehin

Peluang Pas untuk merampas parlimen Sungai Besar dari Barisan Nasional (BN) dan menang dalam pilihanraya kecil Sungai Besar sangat cerah.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ustaz Sallehin Mukhyi berkata ia adalah berdasarkan pencapaian Pas pada pilihan raya kali ke-13.

“Kalau kita buat ukuran dalam pilihan raya kecil, ini berdasarkan kepada pencapaian dalam pilihan raya ke-13, saya percaya kita mempunyai peluang yang cerah dalam senario bahawa kita akan menghadapi Umno.

“satu lawan satu, yang dalam pilihan raya yang lepas, Pas hanya kalah sebanyak 399 undi sahaja,”ujarnya seperti dilapor buletinonline.net.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam program Sembang Rakyat pada Himpunan Pas DUN Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) disini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak Bernam itu berkata, sokongan kepada Pas telah meningkat sekiranya mengambilkira keputusan pilihan raya kecil Parlimen Rompin.

“Kalau kita mengambilkira pilihn raya di Rompin sebagai satu ukuran, kita sudah ada peningkatan sebanyak 7% ,

“Makanya pilhan raya kecil ini, saya percaya bahawa Pas mempunyai satu peluang yang sangat cerah,”jelasnya.

Namun begitu, beliau yang juga anggota Perhubungan Pas Selangor berkata, keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Melainkan kalau berlaku tiga penjuru, maka kalau berlaku tiga penjuru ini, saya fikir Pas perlu bekerja kuat lagi untuk menarik sokongan.

“Sebab di Sungai Besar kita mempunyai pengundi bukan Islam sebanyak 31% berbanding dalam komposisi, Melayu lebih kurang 70% .

“Jadi kalau berlaku tiga penjuru bererti Pas,perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kemenangan di Sungai Besar ini,”tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas Selangor telah pun menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK tersebut yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

“Kita telah mengerakkan jentera dan jentera kita sudah disusun dengan rapi. Kita telah hantar jentera yang ramai masa PRN Sarawak.

“Sebenarnya (di sana) telah menjadi satu latihan kepada jentera kita untuk pilihan raya kecil ini, Jadi ‘mood’ sekarang ini, jentera kita ini dalam keadaan memang cukup bersemangat dalam menghadapi pilihnraya kecil di Sungai Besar,” terang beliau

2 comments:

  1. Symtom penyakit meroyan......kena pi karan otak utk konpom.....ha ha ha.

    ReplyDelete
  2. ape tak cakap masa pru 13 dulu pss bersama pakatan rakyat..la ni pas ngan pasIK.
    tengok je la nanti...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa