Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 17, 2016

Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan

Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan, dua anggota cedera ringan 
Abdul Hakim RahmanAstro Awani |  Mei 17, 2016 14:20 MYT


Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan, dua anggota cedera ringan
Pesawat pejuang berkenaan mengalami masalah enjin. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pejuang milik TUDM, Aermacchi MB-339 dilaporkan terhempas di Kampung Serun dekat Nenasi, Pekan Pahang tengahari tadi.

Menurut kenyataan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari  selepas pesawat berkenaan mengalami masalah enjin.

Jet berkenaan terhempas berhampiran sawah padi dan kawasan hutan.
Jet berkenaan terhempas berhampiran sawah padi dan kawasan hutan.

Bagaimanapun, juruterbang dan juruterbang pelatih TUDM terbabit dilaporkan selamat dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan.

"Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi lenting pesawat," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan TUDM.
Pesawat terbabit dikatakan mengalami masalah enjin ketika membuat penerbangan latihan. - Foto JBPM

Anggota berpangkat Mejar mengalami cedera ringan manakala seorang lagi anggota berpangkat Leftenan patah kaki.

TUDM juga akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan, tambah kenyataan itu lagi.
Juruterbang dan juruterbang pelatih TUDM terbabit dilaporkan selamat dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan. - Foto JBPM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa