Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 18, 2016

Yang membezakan PH dan Tun M adalah matlamat akhir mereka.

*Kill with a borrowed sword* @
*Attack using the strength of another*

_Membunuh dengan pedang yg dipinjam_ @ _Menyerang menggunakan kekuatan orang lain_

Deklarasi Rakyat, awal2 lagi Langitbiru jelaskan, ia adalah strategi '*Tunggang-menunggang*'. Atau '*Kuda-mengkuda*'. Siapa cekap, dia dulu sampai ke destinasi.

Apa yg tertulis dalam Deklarasi Rakyat, adalah baik, bertepatan dengan matlamat 'Selamatkan Malaysia'. Ia bertepatan dengan matlamat pembangkang Pakatan Harapan untuk Selamatkan Malaysia.

Yang membezakan PH dan Tun M adalah matlamat akhir mereka.

Matlamat akhir PH dalam konteks menyokong Deklarasi Rakyat adalah menyelamatkan Malaysia dengan cara menjatuhkan Najib dan Umno-Barisan Nasional. Sekaligus membawa perubahan @ reformasi menyeluruh dan komprehensif dalam Kepimpinan dan Pentadbiran Negara.

Matlamat akhir TunM adalah menekan Najib supaya berundur @ menjatuhkan Najib sebagai PM. Dengan pengunduran Najib, negara boleh diselamatkan! TunM ada menegaskan, Deklarasi Rakyat bukan untuk menjatuhkan Umno, tapi menjatuhkan PM! TunM dilihat ada kecenderungan untuk menyelamatkan Umno melalui pengunduran Najib. Meskipun TunM sudah keluar Umno, tetapi puteranya Mukhriz dan bekas TPM, masih kekal bersama Umno. TunM keluar Umno bukan perkara baru atau besar, masa PM Pak Lah pun TunM pernah keluar Umno, dan masuk semula masa Najib jadi PM.

Ia memberi persepsi, untuk Selamatkan Malaysia, mesti menyelamatkan Umno dahulu dari kebobrokan dan kerakusan Najib.

UmnoBN sebagai Kerajaan Pusat yg berkuasa, sebenarnya sangat berkuasa! Dengan kuasa ini, mereka sebenar nya juga sangat kuat. Dengan kekuatan UmnoBN ini, Pembangkang PH perlu menggunakan atau bersandarkan kekuatan TunM bagi membantu menentang UmnoBN.

Ia seperti teori Tsun Zun diatas, *Kill with a borrowed sword*. Cuma PH perlu sentiasa berwaspada, jangan dilihat keterlaluan menyokong Deklarasi Rakyat , sehingga dilihat seolah2 mengangkat TunM sebagai pemimpin utama /tertinggi PH!

Deklarasi Rakyat ini tidak lain adalah HANYA satu jalan/cara/kaedah/strategi dari BANYAK2 jalan/cara/kaedah/strategi menentang UmnoBN.

TIDAK PERLU diperdebatkan dengan bersungguh-sungguh disertai emosi, kerana ia boleh menjurus kepada keretakan PH.

Ambillah jalan tengah, jalan sederhana.

Yang menyokong DR ini, sokonglah dengan cara sederhana, dan berwaspada.

Yang tidak menyokong DR, juga cara sederhana, tidak menentang rakan sendiri secara melampau!

Jangan kerana DR ini, PH hilang fokus! Dan jangan kerana DR ini, PH berantakan! Bawalah bertenang dan berwaspada. Jangan lupa diiringi doa mohon pertolongan dari Allah swt .- Haji Shaharuddin

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa