Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 16, 2016

"Sama-sama ukur baju": Mat Sabu perli Hadi

"Sama-sama ukur baju", Amanah jawab Pas
 | HAZRI NAWAR
Mohamad SabuMohamad SabuDemi megembalikan keyakinan rakyat bahawa Pakatan Harapan satu-satunya saingan kepada BN, Parti Amanah Negara (Amanah) akan memastikan tiada pertembungan antara ketiga-tiga parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, itu antara syor yang akan dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan sebagai satu-satunya saingan yang serius terhadap BN yang bertujuan menggantikannya sebagai kerajaan dan bukan sekadar meletakkan Pakatan Harapan sebagai pembangkang kuat mahupun sekadar penasihat," katanya pada sidang media di Wisma Amanah semalam.
Mohamad berkata, Amanah belum memutuskan soal calon kerana sebarang keputusan berkenaan PRK ini hanya akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Bagaimanapun ujarnya, Amanah mempunyai senarai pendek calon-calon berkaliber yang sedia untuk di ketengahkan.
Ketika ditanya peluang Amanah jika berlaku pertembungan beberapa penjuru termasuk dengan Pas, Mohamad merujuk sejarah PRK Bukit Selambau pada 2009 di mana PKR yang mewakili Pakatan Rakyat ketika itu menang dengan cemerlang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru.
Ditanya jika ada gesaan pemimpin tertentu agar Amanah tidak bertanding dan memberi laluan kepada Pas, Mohamad berkata ia akan dibincangkan di mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
"Parti dalam Pakatan Harapan hanya ada tiga, DAP, Amanah dan PKR. Tidak perlu dan jangan ada usaha mencari formula mahupun pendekatan yang lain," tegasnya.
Ketika diminta mengulas gesaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar Amanah mengukur baju di badan sendiri, Mohamad dalam nada berseloroh mahu Pas juga berbuat parkara sama.
"Sama-sama la ukur baju, kalau kita nak buat warna pink, ukur la warna pink, tak ada masalah," kata Mohamad.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berkenaan ditetapkan serentak, dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, manakala hari pengundian ditetapkan pada 18 Jun.
Dua kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan MP Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa