Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 18, 2016

Azalina bohong?

Pua: Azalina bohong tentang laporan PAC dipadam
mk -  Hari ini, 1:29 tengahari
Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbohong apabila mengatakan anggota PAC dimaklumkan mengenai baris yang dipadam daripada Laporan PAC mengenai 1MDB.

"Azalina berbohong di Parlimen bahawa Pengerusi PAC dimaklumkan atau menunjukkan anggotanya apa-apa surat daripada Bank Negara Malaysia yang menyatakan bahawa maklumat yang diberikan kepada PAC adalah sulit dan bukan untuk umum," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri itu, dalam jawapan parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin telah menerima maklumat Bank Negara yang menyatakan semua maklumat yang diberikan adalah "sulit untuk hanya tujuan perisikan, kegunaan mahkamah atau laporan awam ".

Azalina juga berkata semua anggota PAC dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat ditulis oleh Ketua PAC kepada timbalan bank pusat itu pada 6 April.

Bagaimanapun, Pua berkata, jawapan Azalina adalah "mengelirukan dan pembohongan yang paling teruk berhubung perkara itu".

PAC, katanya, telah mengadakan mesyuarat terakhirnya, yang meluluskan agar laporan akhir PAC mengenai 1MDB disiarkan pada 4 April. Laporan itu dibentangkan di Parlimen tiga hari kemudian.

"Hasan tidak pernah pada bila-bila masa berkomunikasi dengan anggota-anggota PAC atas apa-apa perkembangan selepas mesyuarat pada 4 April.

"Oleh itu anggota-anggota PAC terkejut apabila mendapati, meneliti laporan yang dibentangkan, yang dua baris penting dalam laporan itu telah dipadam secara unilateral oleh pengerusi PAC," kata beliau.

Bulan lalu, Pua menegaskan bahawa Hasan telah memadamkan baris tertentu daripada laporan PAC mengenai 1MDB yang amat penting untuk siasatan.

Baris itu menyebut kebimbangan Bank Negara, bahawa Good Star Ltd yang menerima AS$1.3 bilion selepas dilencongkan daripada syarikat usahama 1MDB-PetroSaudi, dimiliki oleh seseorang individu dan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan PetroSaudi seperti didakwa

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa